AM

Polis Siasat Perhimpunan Ahli Parlimen Pembangkang

66

3 Ogos 2021 – Polis mengesahkan sedang membuka kertas siasatan terhadap ahli parlimen pembangkang yang berhimpun di Dataran Merdeka untuk berarak ke parlimen bagi mendesak persidangan diadakan.

Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 9 dan 10 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), Seksyen 269 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media semalam. 

Sebelum ini, Setiausaha Dewan Rakyat telah memaklumkan berhubung penangguhan persidangan atas cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia susulan penularan Covid-19 di parlimen.

Selain itu juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berpendapat parlimen merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

Acryl Sani berkata, sebanyak 206 laporan polis diterima diseluruh negara berhubung perhimpunan tersebut.

“Polis turut meminta kesemua individu yang terlibat dalam perhimpunan tersebut memberikan kerjasama bagi membantu siasatan dijalankan”ujar beliau lagi. 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...