AM

[VIDEO] Pelancaran Logo Penggerak Belia Selangor PeBS

323

Kerajaan Negeri Selangor hari ini menjenamakan semula PeBT setelah dua belas tahun penubuhannya Kini PeBT diberi wajah baru dengan penjenamaan semula entiti tersebut yang dikenali sebagai Penggerak Belia Selangor atau singkatannya (PeBS).

Penjenamaan semula PeBS meliputi semua aspek termasuk penukaran logo yang lebih ‘segar’ dan dinamik sebagai cerminan kepada imej korporat rasmi yang menampilkan profesionalisme, susunan organisasi yang lebih teratur serta proaktif. Pemilihan logo tersebut dibuat melalui satu pertandingan mencipta logo yang telah diadakan pada 25 januari 2021 yang lalu.

Majlis perasmian logo baru PeBS telah diadakan secara maya dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor, YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2.8 juta dalam memastikan kelancaran jentera PeBS untuk bergerak aktif sebagai ejen penggerak agenda pembangunan di peringkat akar umbi .

“Sehingga kini seramai 280 anak muda Selangor telah bersama dengan keluarga besar organisasi belia di setiap 56 DUN di Selangor. Diharapkan konsep ini dapat melahirkan bakat- bakat baharu kepimpinan belia di negeri kita.” jelas beliau lanjut.

Bagi menjadikan PeBS sebagai satu entiti yang mampu berdikari dan berdaya saing, Kerajaan Negeri kini dalam proses untuk mewujudkan Enakmen Majlis Penggerak Belia Selangor yang akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor pada bulan Disember nanti.

Sebagai usaha memperkasakan lagi aktiviti belia di Selangor, Kerajaan Negeri dalam masa terdekat akan membentangkan Dasar Belia Selangor 2020 dan Pelan Pembangunan Belia Selangor.

Kerajaan Negeri yakin, dengan segala perancangan serta imej baru PeBS akan menjadi medium yang dapat mengeratkan Kerajaan Negeri dengan para belia demi merealisasikan matlamat ‘Kita Selangor’

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...