AMPolitik @ My LNA

Muhyiddin Masih Perdana Menteri

55

4 Ogos – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin masih mengekalkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan mengetuai kerajaan.

Dalam perutusan yang disiarkan secara langsung sebentar tadi, beliau berkata Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan beliau menghadap jam 11.00 pagi ini susulan warkah yang diterima semalam.

“Warkah tersebut memaklumkan seramai 8 orang ahli parlimen UMNO telah menulis surat kepda Yang di-Pertua Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepada saya”.

Menurut Muhyiddin, SPB Yang Dipertuan Agong telah memetik 2 peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 43 2(A) iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik terlebih dahulu Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mempunyai sokongan majoriti di kalangan Ahli Dewan Rakyat

Selain itu, SPB Yang di-Pertuan Agong juga turut memetik Perkara 43(4) “Dan Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat, perdana Menteri hendaklah meletak jawatan jemaah menteri melainkan sekiranya parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.  

Dalam majlis menghadap tersebut, beliau telah menyembah maklum bahawa beliau telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya mempunyai kepercayaan majoriti.

“Sehubungan itu perletakkan jawatan di bawah Perkara 43(4) adalah tidak berbangkit.

“Namun sedar kedudukan saya sebagai Perdana Menteri sering dipersoalkan. Maka saya telah menyembah maklum kepada SPB Yang di-Pertuan Agong,  maka saya akan menentukan keabsahan kedudukan saya sebagai Perdana Menteri menerusi undi percaya pada sidang parlimen pada bulan September ini’, ujar Muhyiddin.

“Melalui cara ini kedudukan saya dan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerajaan memerintah akan ditentukan menerusi lunas undang-undang”.

Beliau memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan ini.

“Jemaah Menteri dan jentera kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rkayat dan negara khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.

Muhyiddin juga komited dalam memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual dan begitu juga bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan diterima rakyat  tanpa sebarang halangan.

“Saya menyeru penjawat awam khususnya frontliner agar terus tabah melaksanakan tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh.

Beliau turut menyelar tuntutan dan desakan agar beliau mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Muhyiddin turut menafikan beliau menderhaka kepada raja, dan menegaskan akan melakukakan tindakan untuk memelihara keluruhan perlembagaan dan mempertahan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya, untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setiap kepada raja dan negara serta memelihara dan melindungi dan mempertahankan perlembagaan”, ujar beliau sebentar tadi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...