AM

200 penternak kecil masyarakat India akan terima bantuan 400 ekor lembu tenusu kacukan Fresian bunting

378

1 Ogos 2021 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan telah menyerahkan lembu tenusu Fresian bunting kepada peserta Program Meningkatkan Kapasiti dan Pendapatan Pengusaha-pengusaha Lembu Tenusu Kaum India 2021 anjuran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) semalam.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara menerusi satu kenyataan yang diedarkan semalam program tersebut disertai oleh 200 orang penternak kecil masyarakat India dari negeri Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Mereka akan menerima bantuan 400 ekor lembu tenusu kacukan Fresian bunting.

Jelas Kementerian, para peserta dipilih berdasarkan syarat syarat yang telah ditetapkan oleh MITRA seperti berikut:

i. Peserta perlu membe ri komitmen penuh dalam menjayakan program tersebut dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman menternak lembu tenusu sekurang kurangnya dua (2) tahun;

ii. memiliki sekurang kurangnya lima ( ekor lembu ternakan sedia ada;

iii. memiliki tapak tanah bagi tujua n penternakan dengan saiz sekurang kurangnya 120 kaki persegi sama ada tanah milik sendiri atau disewa. Dokumen sokongan perlu dikemukakan sebagai bukti pemilikan/penyewaan;

iv. berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Pegawai JPV akan membu at pengesahan pendaftaran;

v. semua peserta diwajibkan untuk menghadiri latihan asas Animal Husbandry Training yang merangkumi latihan penjagaan lembu tenusu, pengeluaran hasil tenusu dan penjagaan anak lembu; dan

vi. menandatangani perjanjian komitmen untuk meneruskan program tersebut. Sekiranya peserta menarik diri maka mereka perlu memulangkan lembu lembu tenusu tersebut.

“Keseluruhan program ini melibatkan peruntukan MITRA sebanyak RM5,199,600.00 dan dijangka akan meningkatkan pendapatan pengusaha pengusaha penternakan lembu tenusu serta meningkatkan pengeluaran susu negara selaras dengan Dasar Agro Makanan Negara 2030.” kata Halimah.

Tambah beliau, MITRA di bawah Kementerian Perpaduan Negara komited untuk melaksanakan tanggungjawab pembangunan sosio ekonomi masyarakat India dan akan terus berusaha melaksanakan program program yang berimpak tinggi dalam mencapai aspirasi untuk memperkasa dan membangunkan masyarakat India Malaysia ke arah
komun iti yang inklusif dan berdaya saing.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...