2 Ogos 2021 – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh memaklumkan bahawa RM300,000 yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pembelian 3000 bakul makanan kepada penduduk Segambut telahpun selesai diagihkan.
Mantan Timbalan Menteri KPWKM turut berkata, dengan penjimatan yang telah pihaknya lakukan iaitu dengan tidak membeli/mencetak kotak khas berserta gambarnya, mereka telah mampu membeli telur dan sayur untuk bakul makanan tersebut. Tambah Hannah, mereka juga dapat membeli beberapa ratus bakul tambahan dengan penjimatan itu.
“Bakul makanan ini telah diagihkan melalui persatuan, pengurusan bangunan dan wakil penduduk di kampung-kampung, ladang, rumah panjang dan rumah pangsa kos rendah, pemasangan banner di kawasan perumahan kos sederhana bagi penduduk yang memerlukan (cuma perlu WhatsApp kami) dan kami juga memaklumkan melalui media sosial saya dan WhatsApp bersama wakil-wakil penduduk.” kata Hannah.
Tambah beliau, semua butiran penerima telahpun dihantar kepada Kerajaan Persekutuan dan akan terus disalurkan setelah selesai setiap pemberian bakul makanan tambahan.
“Saya mahu Kerajaan Perikatan Nasional ini sedar bahawa 3000 bakul makanan memang tidak mencukupi untuk PKP yang telah sekian lama berpanjangan. Sememangnya, 3000 bakul makanan ini hanya mampu menjadi alas perut untuk lebih kurang 2 minggu sahaja.
Saya mahu semua sektor ekonomi kembali beroperasi dengan SOP yang bersesuaian supaya penduduk boleh mencari hasil pendapatan sendiri.” tegas Hannah.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang