Ekonomi @ My LNA

Dana RM 100juta Bakal Manfaat 11,500 usahawan – Wan Junaidi

68

1 Ogos 2021 – Kerajaan telah memperuntukkan RM 100juta di bawah Pakej Pemulih bagi skim pembiayaan tanpa caj untuk membantu memulih dan memulakan semula perniagaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, menerusi agensi kementeriannya iaitu Tekun Nasional, skim ini akan dibuka untuk permohonan bermula 15 Ogos ini.

Skim tersebut yang merupakan penambahbaikan daripada produk sebelumnya meliputi Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 2.0 dengan had maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM 10 ribu manakala Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) 2.0 pula sebanyak RM 10 ribu

Pihaknya menyedari keperluan usahawan yang mendesak dalam mendapatkan modal, had maksimum pembiayaan produk ini telah ditingkatkan dan tiada caj yang dikenakan”.

“Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan di bawah Pakej PEMULIH bagi pelaksanaan skim pembiayaan baru tanpa caj ini. Seramai 11,500 orang usahawan mikro dijangka akan mendapat manfaat daripada skim pembiayaan tersebut”.

“Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh MEDAC, dianggarkan 580,000 perniagaan di bawah perusahaan mikro, kecil dan sederhana akan berhadapan dengan kegagalan perniagaan ekoran daripada pandemik Covid 19”.

Beliau berharap usahawan-usahawan ini mengambil peluang memohon skim pembiayaan yang akan dilancarkan sekaligus menambah modal perniagaan termasuk usahawan mikro di bawah kategori First To Close, Last To Open (FCLO) yang terjejas perniagaan berikutan penutupan operasi.

Sebelum ini, produk SPIN 1.0 ini telah dilancarkan pada Disember 2020 susulan daripada idea Wan Junaidi bagi membantu usahawan informal yang terjejas perniagaan ekoran pandemik Covid 19.

Sehingga kini 3,369 orang usahawan informal telah mendapat pembiayaan dengan nilai RM19.8 juta.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

PADU : Elakkan pendaftaran di saat terakhir

PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 – Pangkalan Data Utama (PADU) telah menyaksikan peningkatan...