Pelancongan @ My LNA

PPVI Langkawi Mampu Pulihkan Sektor Pelancongan – Nancy

95

17 JULAI 2021 – Pulau Langkawi yang merupakan antara destinasi pelancongan terkenal di Malaysia dan di dunia akan menjadi perintis Program COVID-19 Free Destination yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menterinya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, cadangan kementeriannya telah mendapat persetujuan daripada Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) iaitu meningkatkan kadar imunisasi untuk penduduk di pulau tersebut dengan kadar segara dan seterusnya dapat merealisasikan Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis bagi Program COVID-19 Free Destination.

Nancy juga berkata perkara ini adalah selaras dengan 3 fasa Pelan Pemulihan Pelancongan yang telah digariskan oleh MOTAC sebelum ini.

“Pulau Langkawi dipilih sebagai “testing ground” untuk menyemarakkan kembali industri yang telah lama terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 memandangkan pulau itu terasing (isolated)” ujar beliau yang turut komited dalam memberi keyakinan kepada pelancong terhadap keselaman destinasi pelancongan.

Berdasarkan data CITF Negeri Kedah, sehingga 12 Julai yang lalu, seramai 61,313 penduduk di pulau berkenaan telah mendaftar sebagai penerima vaksin.

Daripada jumlah tersebut, bilangan penerima vaksin dos pertama seramai 27,362 orang manakala dos kedua seramai 20,465 orang.

Pulau lagenda tersebut mempunyai penduduk seramai 111,500 orang dan seramai 76,400 orang telah menerima vaksin.

Nancy hari ini melakukan lawatan kerja ke Langkawi serta turut melawat pusat pemberian vaksin integrasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi dengan sasaran vaksin yang mampu diberikan adalah seramai 3,000 orang sehari.

Selain itu, beliau turut berkesempatan meninjau PPV sedia ada di Klinik Kesihatan Padang Mat Sirat dan Dewan Badminton Kompleks Sukan LADA serta mengadakan sesi libat urus bersama wakil persatuan pelancongan Langkawi secara dalam talian.

Berdasarkan kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN), beliau menyasarkan untuk sektor pelancongan kembali pulih sekitar November atau lebih awal bergantung kepada situasi semasa dan pematuhan rakyat kepada SOP. Nancy juga berterima kasih kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin atas komitmen dan jaminan beliau bagi memastikan bekalan vaksin mencukupi selain menyeru kepada masyarakat untuk mematuhi SOP dan menepati temujanji vaksin yang diberikan.

Selain Langkawi, projek rintis dan usaha ini akan diperluaskan ke destinasi pelancongan lain iaitu di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Melaka dan Sabah secara berperingkat sebagai green travel bubble.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles