Jenayah

GENG BOBOT DALANGI ROMPAKAN TUMPAS

117

17 JULAI 2021 – Polis telah berjaya menyelesaikan kes rompakan bersenjata yang didalangi oleh Geng Bobot dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 14 Julai lalu berhampiran pasar borong Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata tangkapan melibatkan seramai 5 lelaki berusia lingkungan 19 tahun hingga 32 tahun yang terlibat dalam kes ini telah dilakukan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Beh berkata siasatan awal mendapati 3 lelaki disyaki berbangsa Melayu telah melakukan rompakan tersebut dan melarikan sejumlah wang serta beberapa buah telefon bimbit milik mangsa.

Beliau menambah ketiga-tiga suspek dalam kes ini menaiki 3 buah motosikal secara berasingan dan bersenjatakan parang serta pistol. Wang tunai yang dilarikan oleh suspek adalah wang hasil penjualan ikan beku, sayuran dan wang simpanan mangsa.

“Ketika kejadian seramai (8) orang warga asing tinggal di rumah tersebut dan salah seorang mangsa (1) lelaki warganegara Bangladesh (31 tahun) telah ditetak di kepala oleh suspek dengan menggunakan sebilah parang. Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut”, ujar Beh dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau lagi, rampasan melibatkan wang tunai berjumlah RM51,362.00, 7 buah telefon bimbit pelbagai jenama milik mangsa, 2 pucuk Pistol airsoft, 3 buah motosikal jenama Yamaha serta beberapa pasang pakaian yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa melakukan samun.

Mangsa kejadian iaitu yang terdiri daripada warga Bangladesh dan Myanmar turut ditangkap kerana disyaki telah memberikan keterangan yang bercanggah.

Daripada 12 orang yang ditangkap, 4 daripada mereka iaitu lelaki berbangsa Melayu mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau.

Kesemua suspek tersebut telah direman selama (6) hari di IPD Sentul bermula dari 16 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 bagi membantu siasatan lanjut. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda / sebat.

Beh turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melibatkan diri dengan sebarang perlakuan yang boleh memecahkan keamanan serta ketenteraman awam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 0340482206.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

Hina Agama Islam : Seorang lelaki warga tempatan ditangkap

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 – Seorang lelaki warga tempatan telah ditangkap...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN tumpaskan sindiket seleweng diesel di Dengkil, Selangor.

SEPANG, 11 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...