Kenyataan Media

Operasi Khas Tingkatkan Vaksinasi Lembah Klang – Khairy Jamaluddin

91

16 Julai 2021 – Kerajaan hari ini mengumumkan akan melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti Lembah Klang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, operasi khas itu diwujudkan berikutan peningkatan kes harian COVID-19 yang tinggi ketika ini terutamanya di Lembah Klang.

“CITF kini sedang membuat persiapan rapi bagi meningkatkan kapasiti dan kadar vaksinasi khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor yang sedang menjadi pusat tumpuan penularan wabak COVID-19’, ujar beliau yang juga Menteri Penyelaras Imunisasi.

Khairy juga telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor dan Menteri Wilayah Persekutuan untuk kerjasama Persekutuan – Negeri bagi menjayakan operasi ini.

Beliau juga mengumumkan perlantikan Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi sebagai penyelaras program bagi negeri Selangor.

“Secara ringkasnya, ini adalah usaha luar biasa yang ingin kami laksanakan dengan sasaran untuk memberi suntikan vaksin dos pertama kepada baki populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur, bermula 26 Julai hingga 1 Ogos. Dos kedua pula dijangka akan dilengkapkan menjelang akhir Ogos mengikut tempoh yang ditetapkan”, ujar Khairy dalam sidang media hari ini.

Berdasarkan data perangkaan,  jumlah populasi dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor adalah 6.1 juta, di mana sehingga 15 Julai yang lalu, seramai 3.5 juta telah selesai dos pertama.

Khairy juga menjangkakan seramai 1.3 juta orang akan menerima dos 1 sehingga 25 Julai manakala baki populasi dewasa yang akan menerima dos 1 bermula 26 Julai sehingga 1 Ogos adalah 1.3 juta.

Kapasiti Vaksinasi Ditingkatkan

Dalam melaksanakan operasi tersebut, Khary berkata keupayaan vaksinasi akan ditingkatkan.

“Kapasiti vaksinasi di Lembah Klang adalah dijangka akan meningkat daripada 180,000 dos waktu ini ke 272,000 sehari daripada 26 Julai sehingga 1 Ogos, di mana 181,000 adalah untuk dos pertama dan 91,000 dos kedua’, ujar beliau lagi.

CITF juga sedang dalam penyesuaian terhadap penghantaran bekalan vaksin ke negeri-negeri bagi memadankan dengan kapasiti yang akan ditingkatkan.

Selain itu, kapasiti vaksinasi di semua PPV, termasuklah yang di bawah ProtectHealth akan ditambah.

Khairy juga turut menyeru individu berumur 18 tahun untuk mendaftar vaksinasi dan sehingga kini masih terdapat 11% populasi berkenaan di Lembah Klang yang masih belum mendaftar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...