15 JULAI 2021 – Sebanyak RM 21 juta diterima daripada kerajaan dan syarikat korporat untuk menjayakan Bakul Prihatin Negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan tersebut yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan di bawah inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas mengiringi Perdana Menteri yang melakukan tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan di Putrajaya.
Perdana Menteri turut menerima sumbangan bernilai RM16 juta daripada lima syarikat korporat untuk program tersebut yang merupakan idea beliau langkah proaktif kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Sumbangan sektor korporat untuk Bakul Prihatin Negara disalurkan menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan bulan Mac 2020, Kerajaan melalui KPWKM telah mengagihkan sejumlah 1.4 juta bakul makanan yang memberi manfaat kepada 5.6 juta isi rumah yang terjejas dan terkesan akibat pandemik COVID-19” ujar Rina lagi.
Beliau menambah selain itu, Perdana Menteri juga telah memperuntukan sebanyak RM300 ribu untuk setiap ahli Parlimen melibatkan RM66.6 juta bagi penyediaan 666 untuk manfaat 2,664,000 rakyat di seluruh negara.
Menurut beliau lagi, sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan digerakkan untuk penyampaian bantuan kepada rakyat yang terkesan.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara, Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
Selain itu, permohonan boleh dibuat medium Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment