AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

1.9 juta Penonton Interaktif Kesihatan Mental – Saifuddin Abdullah

175

15 JULAI 2021 – Kerajaan mengambil pendekatan proaktif termasuk memperkenalkan program kesihatan mental secara interaktif berbentuk sesi temu ramah bagi menguruskan kesihatan mental akibat impak pandemik Covid-19.

Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, kementeriannya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluar dan Masyarakat (KPWKM), Lembaga Kaunselor Malaysia dan beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan tersebut. 

“Program berkenaan membariskan para penceramah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran yang berkongsi tip-tip penting bagaimana untuk menguruskan kesihatan mental’, ujar Saifuddin lagi dalam sidang media secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelan Komunikasi Kesihatan Mental secara maya hari ini.

Menurut beliau lagi, kesihatan mental merangkumi pengurusan tekanan psikologi, keresahan, menghadapi kehilangan pekerjaan dan pengangguran, masalah komunikasi dan sosial yang dihadapi oleh kanak-kanak dan dewasa serta tekanan di tempat kerja.  

Saifuddin berkata, program tersebut yang disiarkan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia selama 30 minit bermula jam 9.00 pagi telah bermula sejak 1 Jun yang lepas.

“Secara keseluruhannya, seramai 1.5juta sehingga 1.9juta telah menonton program interaktif ini selain berinteraksi dengan tetamu jemputan yang akan memberi pandangan, nasihat dan penyaluran maklumat mengenai bantuan yang disediakan”, ujar beliau.

Beliau menambah program ini turut mendapat sambutan dengan sejumlah 3 sehingga 7 panggilan diterima semasa program tersebut berlangsung.

Selain meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai kesihatan mental, program tersebut mampu mengelakkan stigma apabila berhadapan dengan kesihatan mental selain menyalurkan bantuan yang disediakan oleh pelbagai pihak.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Dr. Fadhullah Suhaimi berkata, pihaknya akan terus memantau penularan video bunuh diri yang ditularkan oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut beliau lagi, pihaknya akan memaklumkan kepada polis selain meminta pengendali media sosial yang berpengkalan di luar Malaysia seperti Facebook untuk menurunkan kandungan tersebut.

“Sekiranya kandungan yang dipaparkan adalah URL di Malaysia, pihak kami akan menurunkan berdasarkan kod kandungan SKMM”, ujar Fadhullah lagi.

Saifuddin turut menyeru orang ramai agar turut menyertai diskusi dalam siaran-siaran temu ramah ini serta menghubungi talian sokongan psikososial COVID-19 KKM iaitu 011-63996482 / 011-63994236; Talian Kasih oleh KPWKM menerusi aplikasi WhatsApp di 019-2615999; Talian Befrienders di 03-76272929 ataupun Talian Prihatin Psikologi dan Kaunseling oleh Malaysian Relief Agency (MRA) di 03-29359642 / 03-29359672.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...