AMKenyataan Media

RM21 juta Untuk Bakul Prihatin Negara – Rina Harun

73

15 JULAI 2021 – Sebanyak RM 21 juta diterima daripada kerajaan dan syarikat korporat untuk menjayakan Bakul Prihatin Negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan tersebut yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan di bawah inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan   Ekonomi (PEMULIH).

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas mengiringi Perdana Menteri yang melakukan tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan di Putrajaya.

Perdana Menteri turut menerima sumbangan bernilai RM16 juta daripada lima syarikat korporat untuk program tersebut yang merupakan idea beliau langkah proaktif kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sumbangan sektor korporat untuk Bakul Prihatin Negara disalurkan menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan bulan Mac 2020, Kerajaan melalui KPWKM telah mengagihkan sejumlah 1.4 juta bakul makanan yang memberi manfaat kepada 5.6 juta isi rumah yang terjejas dan terkesan akibat pandemik COVID-19” ujar Rina lagi.

Beliau menambah selain itu, Perdana Menteri juga telah memperuntukan sebanyak RM300 ribu untuk setiap ahli Parlimen melibatkan RM66.6 juta bagi penyediaan 666 untuk manfaat 2,664,000 rakyat di seluruh negara.

Menurut beliau lagi, sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan digerakkan untuk penyampaian bantuan kepada rakyat yang terkesan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara, Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.

Selain itu, permohonan boleh dibuat medium Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...