AM

ABIM dan pelbagai NGO lain bantu sistem kesihatan negara

172

9 Julai 2021 – ABIM bersama GPM, ACCIN dan pertubuhan pelbagai agama khususnya Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Malaysia serta pimpinan 20 NGO pelbagai agama atas semangat #BangsaMalaysia menggerakkan kempen mengumpul dana untuk membekalkan peralatan dan keperluan hospital. Setakat ini mereka telah membekalkan
keperluan utama di beberapa Hospital seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Klang dan lain-lain.

Menurut Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, kempen tersebut adalah susulan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa sistem kesihatan negara bakal lumpuh jika tidak berlaku pengurangan kes Covid-19.

“Dalam masa sama petugas Barisan Hadapan semakin hari semakin penat disebabkan kekurangan tenaga kerja. Selain itu kekurangan peralatan perubatan dan ruang hospital juga menyebabkan sistem Kesihatan kita boleh lumpuh bila-bila masa.

Kempen ini adalah usaha bersama NGO atas tanggungjawab #RakyatPimpinRakyat dan semangat #RakyatJagaRakyat untuk menyatukan seluruh rakyat untuk kita saling bantu apa yang terdaya untuk mendukung sistem kesihatan negara. Antara jenis bantuan yang digerakkan adalah – ICU Ventilator, Portable Ventilator, High Floor Nasal Cannula, Bed Hospital, ICU Bed, Syringe Pump, Infusion Pump, N95 Mask dan lain-lain.” kata Faisal.

Tambah Faisal pihak yang berminat untuk memberi sumbangan boleh melakukannya melalui :

  1. Klik terus link di bawah sumbangan dalam talian:
    https://jomsedekah.com/donations/supportfrontliners/
  2. JomPay (biller code : 29058, Ref 1: Nama, Ref 2 : Support FL)
  3. ATAU pindahan/deposit wang tunai ke akaun bank Global Peace Mission :

Bank Islam: 14-023-01-002-922-4
Maybank Islamic: 5642-2161-1602
Affin islamic: 1051-9000-2871
CIMB islamik: 8603-5325-13
Rujukan: Support FL

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...