Alam Sekitar @ MY LNAAM

KeTSA Sokong Inisiatif Sempadan Hijau Negari Pahang, Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini – Shamsul Anuar

81

PUTRAJAYA, 9 Julai 2021: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menyambut baik dan menyokong penuh Inisiatif Sempadan Hijau Kerajaan Negeri Pahang yang akan melibatkan pewartaan sebahagian besar sempadan negeri sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata inisiatif ini selari dengan Dasar Perhutanan Malaysia yang mengiktiraf hutan sebagai khazanah warisan negara serta memenuhi ketetapan yang telah dibuat dalam Majlis Tanah Negara supaya Kerajaan Negeri meningkatkan usaha untuk meningkatkan kawasan berhutan.

“Pelaksanaan Inisiatif Sempadan Hijau dan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini adalah satu bukti komitmen tinggi yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang dalam memelihara dan memulihara alam sekitar di negeri berkenaan” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Tambah beliau, inisiatif ini akan menyokong komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah dilitupi kawasan berhutan dan pokok-pokok seperti yang dipersetujui di dalam Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janerio pada tahun 1992 serta Persidangan Parti Ke-15 Kerangka Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (COP15-UNFCCC) di Copenhagen, Denmark pada tahun 2009.

“Kawasan-kawasan yang akan diwartakan sebagai HSK di bawah inisiatif ini akan dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan seperti yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 10(b) hingga 10(l), Akta Perhutanan Negara 1984”.

“Kawasan-kawasan tersebut juga akan disenaraikan sebagai Kawasan Larangan Memburu melalui Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Kawasan Larangan Memburu) di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Pada masa ini, kebanyakan HSK sedia ada di Negeri Pahang telahpun disenaraikan sebagai Kawasan Larangan Memburu di bawah Perintah yang sama” katanya.

Shamsul Anuar dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa pewartaan HSK sebagai kawasan perlindungan hidupan liar sepenuhnya di bawah Seksyen 10, Akta Perhutanan Negara [Akta 313], bukan sahaja akan memberi perlindungan kepada spesies apex Harimau Malaya (melalui pengisytiharan satu Santuari Harimau Malaya Negeri Pahang), tetapi mampu memberi perlindungan habitat kepada semua spesies hidupan liar dan keseimbangan ekosistem.

“KeTSA amat menghargai usaha Kerajaan Negeri dalam menyegerakan pemuliharaan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini dengan penanaman pokok-pokok yang bersesuaian dan akan sentiasa memberi sokongan melalui Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Pahang untuk membantu menyegerakan pemulihan kawasan rizab berkenaan melalui aktiviti penanaman pokok di kawasan perlombongan seluas 200 hektar menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH)” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...