Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

JENDELA Atasi Masalah Liputan Di Kuala Krai

91

CYBERJAYA 1 JULAI 2021 – Kerajaan akan merancang memasukkan perancangan pembinaan menara baharu untuk Kuala Krai khususnya di tiga kampung iaitu Kampung Bahagia, Kampung Mambong dan Kampung Sungai Rimau susulan aduan liputan capaian internet lemah di Kawasan tersebut.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya mendapat maklumat susulan berita yang disiarkan pada 29 Jun 2021 dan telah turun padang bersama wakil penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi menilai dan mendapat gambaran sebenar mengenai permasalahan yang dihadapi oleh kampung tersebut. 

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah ADUN Guchil, Helmi Abdullah.

SKMM berkata,  menerusi Pelan Jalinan Digital Negera (JENDELA) sebanyak tiga (3) buah menara baharu akan dibina di ketiga-tiga kampung itu di bawah Fasa 1 dan dijangka siap pembinaannya pada bulan April 2022.

“SKMM sedar akan masalah liputan yang dihadapi oleh penduduk di Kg. Bahagia dan beberapa buah kampung di sekitarnya seperti Kg. Mambong dan Kg. Sungai Rimau. Perancangan untuk pembinaan menara baharu tersebut yang dijangka siap pada April 2022 akan menyelesaikan masalah liputan yang dihadapi selain memberi manfaat kepada 1,800 penduduk dan pelajar di ketiga-tiga kampung tersebut”, ujarnya lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member