Kenyataan Media

CIDB Terajui CIVac, Percepat Vaksin Pekerja Pembinaan

107

KUALA LUMPUR 29 JUN 2021 – Usaha kerajaan dalam mempercepatkan 80% imuniti kelompok ini dijangka tercapai menerusi kerjasama pelbagai pihak dalam mempercepatkan vaksin di negara ini.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Dato’ Ir Ahmad’ Asri Abdul Hamid berkata, bagi menggalas inisiatif pemberian vaksin pekerjaan pembinaan, CIDB memperkenalkan Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) bagi mempercepatkan vaksinasi di kalangan pekerja dan pemain industri pembinaan di seluruh negara.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Dato’ Ir Ahmad’ Asri Abdul Hamid ditemubual dalam Bicara Politikonomi malam semalam

“Bagi membantu kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin terutama kepada sektor pembinaan, CIDB mengambil langkah bekerjasama dengan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam usaha mempercepatkan kadar vaksinasi barisan hadapan pembinaan yang merupakan sektor penting ekonomi negara”

Ahmad’ Asri yang ditemubual dalam Bicara Politikonomi berkata sebagai permulaan program ini, CIDB telah mendapat kelulusan untuk memperoleh sebanyak 80,000 dos vaksin untuk diberikan kepada 40,000 pekerja sebanyak 2 dos seorang serta yang telah mendaftar dengan CIDB bagi program ini.  

Ujar beliau lagi, pada masa kini CIDB menerima sejumlah 44,800 permohonan dan 4,800 lagi akan dimasukkan dalam senarai menunggu untuk diberikan vaksin setelah kelulusan daripada JKJAV diperoleh. Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen, seramai 250,000 orang pekerja asing bekerja dalam sektor pembinaan di negara ini.

“CIDB telah membuka pendaftaran dan menerima banyak lagi permintaan daripada pihak industri pembinaan di Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak. CIDB telah memohon kepada JKJAV untuk membekalkan sejumlah 200,000 dos vaksin untuk diberikan kepada 100,000 pekerja dan permohonan tersebut telah diluluskan. Vaksin ini akan diagihkan kepada negeri-negeri dalam fasa 2 merangkumi Wilayah Utara di Pulau Pinang, Wilayah Selatan di Johor manakala Wilayah Timur di Pahang” ujar beliau.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pendekatan menerusi vaksin bergerak akan diperkenalkan memandangkan kedua-dua negeri tersebut adalah luas.

“Keutamaan akan diberikan kepada sektor pembinaan yang telah mendapat kelulusan beroperasi dan sedang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bagi mengekang dan mengawal penularan vaksin Covid-19 di tapak-tapak pembinaan” ujar beliau.

Subsidi Untuk Kos Pemberian Vaksin

Bagi pelaksanaan program ini, Ahmad’ Asri berkata CIDB akan menyediakan fasiliti CIDB sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Beliau menambah CIDB turut menyasarkan vaksinasi ini kepada golongan pekerjaan binaan am, binaan mahir, pelatih binaan, pengurus projek, penyelia binaan dan personel pentadbiran serta turut membenarkan mereka yang bukan pemegang kad hijau CIDB untuk menerima vaksinasi di bawah program ini.

“Semakin ramai yang mendapat vaksin di bawah sektor pembinaan, CIDB akan mempertimbangkan untuk memohon kelulusan daripada kerajaan untuk membuka lebih banyak sektor ini seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana ekonomi negara” ujar beliau lagi.

Penguatkuasa DI Tapak Pembinaan

Menyedari bahawa penularan Covid-19 sukar dikawal di tapak pembinaan, Ahmad’ Asri menasihati pihak yang terlibat di tapak pembinaan untuk senantiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedang dikuatkuasakan.

“Sejak PKP 3.0 (1 Jun 2021) 2,678 tapak pembinaan telah diperiksa oleh CIDB dan daripada jumlah itu 511 (19%) didapati beroperasi, 2,167 (81%) tidak beroperasi. Daripada 511 tapak yang beroperasi 156 tapak pembinaan (30%) tidak mematuhi SOP, manakala 358 (70%) tapak lagi mematuhi SOP”, ujar beliau.

Beliau menegaskan sebanyak 153 tapak pembinaan yang tidak mematuhi SOP diarah tutup serta merta. Bagaimanapun 11 daripada tapak pembinaan yang diarah tutup telah pun dibenarkan dibuka semula, selepas mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

Mengikut pecahan negeri pula, daripada 156 tapak pembinaan yang ditutup sebanyak 48 terletak di Sarawak, di Selangor (29 tapak pembinaan), Melaka (14), Pulau Pinang (10), Terengganu (6), Sabah (10), Johor (7), Kuala Lumpur (5), Pahang (6), Perak (6), Kedah (3), Negeri Sembilan (5), Perlis (3) dan Kelantan (1). “CIDB ingin menegaskan usaha menangani penularan wabak COVID-19 bukan tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa sahaja. Ia tanggungjawab  bersama. Begitu juga dalam sektor pembinaan, kesemua pihak harus bertanggungjawab dalam memastikan tapak pembinaan dan penempatan pekerja mematuhi SOP’, ujar beliau

dengan tegas untuk mengenakan tindakan termasuk menggantung dan membatalkan pendaftaran kontraktor yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

Tambah beliau, dalam menguatkuasakan Akta 520 di tapak pembinaan, CIDB akan bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) yang turut akan menggunakan Akta 446 bagi memastikan penginapan pekerja berada dalam keadaan terbaik seterusnya mampu mengekang penularan Covid-19 di tempat kerja.

“Kita sedia maklum, vaksin adalah efektif untuk mengawal jangkitan namun kita masih bertanggungjawab untuk menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan dan sebagainya”, tambah beliau lagi.

Sinar Buat Sektor Pembinaan

Ahmad’ Asri turut memaklumkan pihak beliau berterima kasih dengan kerajaan kerana mengumumkan inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Negara yang mampu mengurangkan beban dan kesan kepada sektor pembinaan akibat pandemik Covid-19.

Menurut beliau lagi, antara inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah memperkenalkan Variation of Price (VOP) untuk mengkaji semula harga yang diberikan disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya kenaikan harga barangan mentah pembinaan seperti besi dan sebagainya. 

“Kerajaan menyedari kenaikan kos ini akan membebankan kontraktor, justeru itu VOP ini diperkenalkan bagi mengkaji semula harga yang ditawarkan seterusnya mengelakkan kerugian yang perlu ditanggung oleh kontraktor dan pihak-pihak lain serta pengecualian denda akibat kelewatan dan undian kerja bagi kontraktor kelas G1 dan G4 memandangkan kontraktor kecil yang mengharapkan projek-projek kerajaan”, ujar beliau lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...