AM

Peruntukan RM 439 juta Kekalkan Rebet Elektrik

131

28 JUN 2021 – Kerajaan bersetuju untuk membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj yang melibatkan peruntukan sebanyak RM493 juta kepada semua pemilik akaun TNB berjumlah 9.44 juta pengguna bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2021.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, menerusi inisiatif tersebut pengguna akan terus menikmati rebat elektrik sebanyak 2.00 sen/kWj dan rebat tambahan sebanyak 5% bagi tempoh tersebut, ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.

“Selaras dengan pelaksanaan mekanisme penetapan tarif elektrik di Semenanjung yang telah dilaksanakan sejak tahun 2014, pelarasan kos-kos penjanaan elektrik perlu dilaksanakan setiap 6 bulan melalui mekanisme Imbalance Cost Pass- Through (ICPT)”, ujar beliau.

Beliau menambah bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021, kos ICPT yang perlu diselaraskan adalah berjumlah RM638.98 juta dan kadar rebat elektrik yang boleh dilepaskan kepada pengguna sebanyak 1.13 sen/kWj berbanding kadar rebat bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 iaitu 2.00 sen/kWj. Peningkatan kos ICPT berlaku berikutan peningkatan kos pembekalan gas dan arang batu bagi tempoh Januari hingga Jun 2021.

“Bagi golongan miskin tegar dengan pendapatan RM1,169 ke bawah yang berdaftar di dalam Sistem e-Kasih adalah layak mendapat rebat bil elektrik RM40. Sehingga Mei 2021, jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak ialah 282,182 dan hanya 113,745 iaitu 40.31% daripada KIR yang layak telah mengemas kini nombor akaun bil elektrik mereka”, ujar beliau sambil menyeru agar baki mereka yang layak untuk mengemas kini nombor akaun dengan pihak penyedia utiliti bagi membolehkan rebat dinikmati oleh KIR tersebut.

“Kerajaan juga bersetuju memberi rebat elektrik sebanyak 2.00 sen/kWj kepada pengguna bukan domestik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021 bagi pengguna-pengguna di Kulim High Technology Park (KHTP) yang mendapat bekalan elektrik daripada NUR Power Sdn. Bhd”, ujar beliau.

Langkah ini merupakan kali pertama pengguna bukan domestik di KHTP menikmati rebat elektrik sejak mekanisme penetapan tarif Incentive-Based Regulations dilaksanakan pada tahun 2017.

Pemberian rebat ini dilaksanakan berikutan berlakunya penurunan harga bahan api gas dan bekalan elektrik pukal TNB pada separuh tahun pertama 2021 serta penjimatan daripada pelarasan kos sebenar bahan api bagi tempoh Julai hingga Disember 2020.

Beliau menambah Perdana Menteri turut akan mengumumkan diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna-pengguna domestik dan bukan domestik bagi tempoh Julai hingga September 2021 untuk Semenanjung dan Sabah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...