Oleh Umai Wahed
27 JUN 2021 – “Menghiburkan!”Itulah ungkapan yang sesuai dilontarkan buat penyanyi lunak, Gerard Singh melalui pertunjukan The 5 Ringgit Initiative.
Menyanyikan lagu hits The Beatles, Yesterday sebagai pembuka persembahan, tidak dinafikan nyanyian lunak Gerard cukup memukau hati dan mendapat komen positif penonton.
Gerard sempat menyanyikan 19 buah lagu hampir dua jam, beliau kelihatan santai menyanyikan beberapa buah lagu permintaan penonton.
Menutup persembahan menerusi lagu popular Queen, Love of My Life boleh dikatakan persembahan santai selama dua jam ini tidak memerlukan nyanyian yang berlebihan sebaliknya penonton dibuai dengan suara “soulful” Gerard
Persembahan ini disiarkan menerusi Facebook peribadi Gerard dan boleh ditonton di Facebook peribadi “The 5 Ringgit Initiative” dan Brada Live.
Bermula 27 Jun hingga 1 Julai, pertunjukkan ini menampilkan empat orang penyanyi dalam usaha mengumpul dana buat ahli muzik yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penonton boleh menderma seikhlas hati mereka menerusi senarai nama dan maklumat peribadi yang diletakkan di bahagian tepi skrin.
- KPKT UMUM PERUNTUKAN RM5.48 JUTA BAGI PROJEK MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM DI MANJUNG, PERAK
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH
- SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA FAHMI FADZIL
- BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG
- MALAYSIA SECURES RM23.07 BILLION OF POTENTIAL JAPANESE INVESTMENTS
Leave a comment