Ekonomi @ My LNA

Malaysia kekalkan pertumbuhan kukuh bagi Empat Bulan Berturut-turut – DOSM

132

PUTRAJAYA 28 JUN 2021 – Malaysia terus mengekalkan pertumbuhan kukuh dalam eksport, import dan jumlah dagangan iaitu masing-masing sebanyak 47.3 peratus, 50.3 peratus dan 48.7 peratus. Manakala lebihan dagangan berjumlah RM13.7 bilion, meningkat 32.3 peratus.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin di dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, eksport yang kukuh menyokong kepada pemulihan Malayisa dengan eksport Malaysia terus mengekalkan momentum pertumbuhan positif pada Mei 2021, berkembang 47.3 peratus tahuh ke tahun kepada RM92.3 bilion.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh eksport domestik dan eksport semula. Eksport domestik berjumlah RM78.7 bilion yang menyumbang 85.2 peratus kepada jumlah eksport, berkembang 45.9 peratus. Sementara itu, eksport semula bernilai RM13.7 bilion, meningkat 56.1 peratus. Import pada Mei 2021 bernilai RM78.6 bilion, melonjak 50.3 peratus tahun ke tahun, melebihi pertumbuhan eksport untuk kali pertama sejak April 2020. Jumlah dagangan Malaysia pada Mei 2021 bertumbuh 48.7 peratus, mencecah RM170.9 bilion berbanding Mei 2020. Walau bagaimanapun, seiring ketidaktentuan aktiviti ekonomi dalam negara, prestasi bulan ke bulan bagi eksport, import, jumlah dagangan dan lebihan dagagan menunjukkan penurunan masimg-masing 12.6 peratus, 7.8 peratus, 10.4 peratus dan 32.5 peratus.

Selaras dengan pertumbuhan tahunan perdagangan, 200 daripada 257 kumpulan barangan untuk eksport menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Bagi import, 226 daripada 259 kumpulan merekodkan pertumbuhan positif.” kata Dr. Mohd Uzir.

Di samping itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga melaporkan bahawa peningkatan eksport disumbangkan terutamanya oleh eksport yang lebih tinggi ke Singapura (+RM4.1 bilion), Amerika Syarikat (+RM3.3 bilion), India (+RM3.0 bilion), Jepun (+RM2.1 bilion), China (+RM2.1 bilion) dan Kesatuan Eropah (+RM1.9 bilion). Sementara itu, import yang lebih tinggi dicatat terutama dari China (+RM7.6 bilion), Singapura (+RM2.6 bilion), Taiwan (+RM1.9 bilion), Republik Korea (+RM1.7 bilion), Jepun (+RM1 .7 bilion) dan Indonesia (+ RM1.6 bilion).

“Pertumbuhan eksport juga didorong oleh barangan elektrik dan elektronik (+RM8.1 bilion); keluaran getah(+RM3.6 bilion); keluaran petroleum (+RM3.0 bilion); minyak kelapa sawit dan keluaran pertanian berasakan minyak kelapa sawit (+RM2.2 bilion); barangan perkilangan logam (+RM2.1 bilion); kimia dan bahan kimia (+RM1.6 bilion); petroleum mentah (+RM1.1 bilion); jentera, kelengkapan dan peralatan (+RM985.7 juta); dan gas ali cecair (+RM929.1 juta). Sementara itu, kenaikan import dicatatkan bagi barangan elektrik dan elektronik (+RM4.9 bilion); keluaran petroleum (+RM4.3 bilion); kimia dan bahan kimia (+RM2.7 bilion); jentera, kelengkapan dan peralatan (+RM1.8 bilion); barangan besi dan keluli (+RM1.6 bilion); barangan perkilangan logam (+RM1.5 bilion); keluaran getah (+RM1.2 bilion) dan kelengkapan pengangkutan (+RM1.1 bilion).

Bagi tempoh yang sama, pertumbuhan import bagi Penggunaan Akhir disokong oleh kenaikan permintaan terutamanya bagi barangan perantaraan. Import barangan perantaraan (59.7% daripada jumlah import) meningkat ketara RM16.1 bilion atau 52.4 peratus. Barangan penggunaan (9.1% daripada jumlah import) mencatatkan kenaikan 37.8 peratus daripada RM5.2 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM7.1 bilion. Import barangan modal yang berjumlah RM8.9 bilion, meningkat 34.0 peratus berbanding Mei 2020, dan merangkumi 11.4 peratus daripada jumlah import.” kata DOSM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...