AM

2 tapak projek di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ditutup akibat tidak patuh SOP- CIDB

144

28 JUN 2021 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memaklumkan bahawa satu tapak bina di Kuala Lumpur dan satu lagi di Negeri Sembilan diarahkan menghentikan operasi.

Menurut CIDB dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, sebanyak satu tapak diperiksa di sekitar daerah Mukim Batu dalam satu Pemeriksaan Operasi Bersepadu SOP COVID-19 PKP 3.0 oleh Penguatkuasa CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CIDB WPKL) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Negara (JIM), Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja (JKKP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Hasil pemeriksaan didapati ia beroperasi dan tidak patuh SOP.

“Satu (1) tapak yang menjalankan projek kategori 1 iaitu Penyelenggaraan & Pembaikan Cerun yang telah memperoleh surat kebenaran beroperasi daripada pihak MITI didapati tidak patuh SOP dan telah diarahkan untuk menghentikan operasi dengan serta merta oleh pasukan penguatkuasa CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PDRM, JIM, JKKP dan DBKL kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan iaitu kapasiti pekerja melebihi 60% yang telah ditetapkan dan tiada keudahan pengangkutan pergi dan balik disediakan oleh pihak kontraktor.

Tindakan oleh CIDB WPKL adalah Notis N3E/2021 telah dikeluarkan kepada Kontraktor Utama (Notis Pelanggaran Kewajipan Kontraktor) dan Notis N2/2015 telah dikeluarkan depada Kontraktor Utama (Notis Pengemukaan Maklumat Mengenai Industri Pembinaan).

Tindakan JKKP adalah mengenakan kompuan sebanyak RM10,000.00 (tidak menyediakan alat pengimbas suhu untuk pekerja masuk) dan satu lagi kompuan sebanyak RM10,000.00 atas kesalahan kapasiti pekerja melebihi 60%.

Manakala DBKL mengenakan kompaun sebanyak RM50,000 atas kesalahan menghalang laluan saliran air, AJPB seksyen 70A 9.” kata CIDB.

Dalam pada itu, satu Operasi Pemeriksaan Tapak Bina PKP 3.0 CIDB Negeri Sembilan telah dilakukan di Daerah Seremban yang telah disertai wakil dari Majlis Keselamatan Negara. Bilangan tapak bina yang diperiksa adalah sebanyak 1 tapak dan didapati ia tidak patuh SOP.

“Tapak pembinaan yang menyiapkan kerja tanah, kawalan hakisan, perparitan utama, dinding penahanan dan kolam takungan telah diarahkan untuk menghentikan operasi dengan serta merta oleh pasukan Penguatkuasaan CIDB Seremban kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan iaitu skop kerja yang berjalan di tapak bina bercanggah dengan kebenaran MITI PKP 3.0, tiada kelulusan pembangunan penginapan pekerja di tapak bina dari JTK/PBT, kapasiti pekerja melebihi 60 peratus (%) yang telah ditetapkan dan kediaman tidak didaftarkan dengan aplikasi mysejahtera.

Tindakan yang diambil adalah Notis Pemberhentian Kerja Pembinaan (pelanggaran kewajipan oleh kontraktor) N3E/2021, Notis Mengemukakan Maklumat Mengenai Industri Pembinaan N2/2015, Notis Pemberitahuan Kesalahan di bawah Seksyen 34B (kewajipan kontraktor), Notis Arahan Hadir (perhatian kepada pengarah syarikat) N9/2015, Menampal notis penutupan tapak bagi kesalahan pelanggaran SOP COVID 19 MKN dan menyita keseluruhan tapak bina dengan pita larangan masuk.” kata CIDB.

Sebanyak 171 tapak pembinaan diarah tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu, berikutan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, sebanyak 3,249 tapak pembinaan telah diperiksa oleh CIDB. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 620 (19%) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 2,629 (81%) tidak beroperasi.

Daripada 620 tapak yang beroperasi didapati 171 tapak pembinaan (28%) tidak mematuhi SOP, manakala 449 (72%) tapak lagi mematuhi SOP. Kesemua 171 tapak pembinaan tidak mematuhi SOP berkenaan telah diarah tutup serta merta. Bagaimanapun, 28 daripada tapak pembinaan yang diarah tutup telah pun dibenarkan dibuka semula, selepas mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...