24 JUN 2021 – ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata bahawa pemakluman yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) secara serta-merta memberikan gambaran yang salah terhadap pendekatan Kerajaan dalam menangani isu-isu ekonomi rakyat yang terkesan pada fasa pandemik ini.
“Rakyat pada masa ini mengharapkan moratorium serta bantuan-bantuan sokongan kewangan yang lain. Sewaktu penguatkuasaan PKP, bisnes tidak dapat berjalan seperti biasa lagi, ramai yang hilang pekerjaan, hilang mata pencarian.
Rakyat berharap agar kerajaan tangani isu Covid-19 dengan segera dan berkesan. Soal pembekalan vaksin lebih cepat, pembukaan lebih banyak PPV dan sebagainya. Dengan kerajaan mengambil tindakan yang pantas, sekurang-kurangnya sektor-sektor ekonomi rakyat boleh segera dibuka dan dipulihkan.” kata Sheikh Umar Bagharib di dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, Kerajaan tidak boleh dilihat menggalakkan rakyat untuk terus menambah hutang.
“Ini satu gambaran yang culas dan tidak bertanggungjawab. Rakyat mahukan moratorium dan sokongan kewangan, bukan menambah beban hutang.
Kerajaan sepatutnya merangka pelan pemulihan ekonomi lebih inklusif. Kemukakan jalan keluar, bukannya menambah beban ekonomi rakyat pada fasa pandemik ini.” tegasnya.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment