AM

2 tapak projek di Melaka dan 1 tapak projek di Johor ditutup – CIDB

271

24 JUN 2021 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memaklumkan bahawa dua tapak bina di Melaka dan satu tapak di Johor diarahkan menghentikan operasi.

Menurut CIDB dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, sebanyak 16 tapak bina telah diperiksa dalam Satu Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 CIDB Negeri Melaka. Kata CIDB tapak beroperasi diarahkan menghentikan operasi kerana tidak patuh SOP.

“Kedua-dua tapak yang menjalankan projek pembinaan galeri jualan serta rumah kedai dan satu lagi projek pembinaan bangunan perniagaan 5 tingkat didapati tidak patuh SOP telah diarahkan untuk menghentikan operasi dengan serta merta oleh pasukan Penguatkuasaan CIDB Melaka kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan” jelas CIDB.

Dalam pada itu, satu Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 CIDB Negeri Johor telah dilakukan di sekitar Daerah Johor Bahru dan bilangan tapak bina yang diperiksa adalah sebanyak 19 tapak. Hasil pemeriksaan didapati bahawa 15 tapak tidak beroperasi dan 4 tapak beroperasi tetapi 1 tapak tidak patuh SOP.

“Satu (1) tapak bina yang menjalankan projek pembinaan rumah keluarga angkatan tentera didapati tidak patuh SOP telah diarahkan untuk menghentikan operasi dengan serta merta oleh pasukan Penguatkuasaan CIDB Johor kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan iaitu Rumah penginapan pekerja yang disediakan tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).” kata CIDB.

Sebanyak 157 tapak pembinaan diarah tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu, berikutan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, sebanyak 2,807 tapak pembinaan telah diperiksa oleh CIDB. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 542 (19%) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 2,265 (81%) tidak beroperasi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...