AM

Langgar SOP Sektor Binaan: Dua Tapak Projek Diarah Tutup, Dua Lagi Ditarik Kelulusan Beroperasi

159

23 JUN 2021 – Dua tapak projek pembinaan di Sabah diarah tutup manakala dua lagi operasi tapak projek di Johor ditarik balik kelulusan operasi akibat kegagalan kontraktor mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan tindakan itu dibuat oleh CIDB Negeri Sabah dan CIDB Negeri Johor hasil daripada Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 yang dijalankan.

“Dalam operasi di Sabah pihak CIDB mendapati dua tapak bina di negeri itu gagal mematuhi senarai semak SOP MKN (Majlis Keselamatan Negara) Covid-19 manakala enam daripada lapan tapak bina yang dilawati tidak beroperasi” menurut kenyataan tersebut.

“Kedua-dua tapak bina di Beaufort dan Kinabatangan itu diarah untuk menghentikan operasi serta- merta selain Notis Pemberhentian kerja N3E/2021 dan Notis Gagal Mematuhi SOP Kerja Pembinaan semasa PKP N3B/2015 turut dikeluarkan” katanya.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah gagal mengisytiharkan projek kepada CIDB, projek beroperasi tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), perakuan pendaftaran telah tamat tempoh dan kerja yang dijalankan bukan kritikal.

“Antara sebab lain adalah seperti rumah penginapan pekerja yang disediakan tidak mendapat kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” jelas CIDB.

Bagi Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 CIDB Negeri Johor yang dijalankan di sekitar Johor Bahru, dua daripada 16 tapak bina yang dilawati tidak mematuhi SOP dan tujuh tapak didapati tidak beroperasi.

“Bagi dua tapak bina itu, notis dikeluarkan kepada kontraktor utama dan kelulusan MITI ditarik balik kerana projek itu gagal memenuhi syarat beroperasi PKP penuh dan penginapan pekerja yang disediakan didapati tidak mendapat kelulusan JTK dan PBT” jelas CIDB.

Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, CIDB menjalankan pemeriksaan terhadap 2,678 tapak bina dan daripada 511 tapak bina yang beroperasi, 153 daripadanya gagal mematuhi SOP dan diarah tutup, bagaimanapun 11 daripadanya dibenar beroperasi semula selepas didapati mematuhi SOP.

CIDB turut mengingatkan penggiat industri pembinaan agar mematuhi SOP dan senarai SOP yang terkini boleh dimuat turun di www.cidb.gov.my

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...