Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Pelaksanaan JENDELA berjalan sepeti yang dirancang

78

23 JUN 2021 – Sebagai maklum balas kepada kenyataan Ahli Parlimen Ledang, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pelaksanaan JENDELA yang bermula sejak September 2020 adalah seperti yang dirancang.

Menurut MCMC di dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam, sepanjang tempoh 10 bulan lalu, dua (2) Laporan Suku Tahun JENDELA yang memperincikan mengenai perkembangan dan kemajuan terkini pelaksanaan JENDELA telah diterbitkan, masing-masing pada 31 Disember 2020 dan 31 Mac 2021. Manakala Laporan Suku Tahun JENDELA yang ketiga dijadualkan akan diterbitkan pada 30 Jun 2021.

“Intipati Laporan Suku Tahun JENDELA yang pertama, setakat 31 Disember 2020 melaporkan, sejumlah 456,757 premis telah dilIputi dengan jalur lebar tetap berbanding dengan sasaran awal iaitu 352,101 premis. Selain itu, sebanyak 876 tapak baharu telah didirikan berbanding dengan sasaran sebanyak 940. Manakala sebanyak 16,367 menara sedia ada telah dinaik taraf berbanding dengan sasaran awal iaitu 16,214.

Laporan Suku Tahun JENDELA yang kedua setakat 31 Mac 2021 pula melaporkan, sejumlah 292,826 premis telah diliputi dengan jalur lebar tetap berbanding dengan sasaran awal iaitu 221,539 premis. Selain itu, 29 tapak baharu telah didirikan setakat ini berbanding sasaran awal sebanyak 25 tapak manakala 3,278 menara sedia ada telah dinaik taraf jika dibandingkan dengan sasaran 3,223 menara. Liputan 4G telah ditingkatkan kepada paras 93.51% berbanding 92.03% pada suku sebelumnya. Secara keseluruhannya, 5.7 juta premis telah diliputi dengan gentian optik setakat 31 Mac 2021″ jelas MCMC.

Sementara itu bagi tahun 2021, pelan JENDELA telah menyasarkan perkara-perkara berikut:
a. Melaksanakan penyambungan gentian optik kepada 1,245,452 premis tambahan;
b. Menaik taraf 12,499 stesen pemancar sedia ada kepada teknologi 4G untuk peluasan liputan dan peningkatan kelajuan merangkumi perancangan di bawah Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagar (USP) dan Komersial;
c. Membina 193 tapak menara komunikasi baharu (komersial); serta
d. Menamatkan rangkaian 3G dan pemindahan spektrum bagi penggunaan teknologi 4G sekaligus meningkatkan kelajuan perkhidmatan.

Tambah MCMC, bagi kawasan yang kurang berpenduduk di kawasan pedalaman, turut dilaksanakan adalah pemasangan dan penyediaan perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit (VSAT) di 839 lokasi bagi meningkatkan liputan Internet.

“Dilaksanakan di lapan (8) buah negeri iaitu Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak, perkhidmatan tersebut yang dijangka siap dilaksanakan menjelang Oktober 2021 akan berfungsi sebagai penyelesaian jangka pendek yang cepat.

Bagi tahun 2022 pula, perancangan pelaksanaan JENDELA akan melibatkan sasaran-sasaran untuk menyambung gentian optik kepada 929,631 premis tambahan dan pembinaan sebanyak 1,661 menara komunikasi baharu di kawasan luar bandar dan pedalaman.” kata MCMC.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Merakyatkan ilmu sains demi masa hadapan 

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Di dalam era...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

CCoE fokus latihan keselamatan siber

CYBERJAYA, 26 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari...