23 JUN 2021 – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada hari ini mengulangi pendirian bahawa Parlimen perlu bersidang secepat mungkin sebagai menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Kata PH di dalam satu kenyataan hari ini, sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos agar Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat dapat dibentang dan dipertimbang Ahli-Ahli Parlimen.
“Pada masa yang sama, sidang yang disegerakan ini akan memberi ruang kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk membahas Pelan Pemulihan Negara, langkah-langkah mengatasi pandemik COVID-19, dan keperluan meningkatkan bantuan untuk rakyat yang sedang sangat tertekan pada waktu ini.” katanya.
Tambah PH, cadangan Perdana Menteri untuk menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji sidang Parlimen hybrid, ia tidak boleh menjadi alasan atau dalih untuk melewatkan sidang Parlimen.
“Oleh itu, Pakatan Harapan bersedia menyertai jawatankuasa tersebut dengan syarat sidang Parlimen tetap diadakan secepat mungkin, sebelum 1 Ogos.
Pakatan Harapan juga akan mengusahakan satu petisyen di kalangan Ahli-Ahli Parlimen yang akan dipersembah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bagi membuktikan bahawa majoriti Ahli-Ahli Parlimen menyokong Parlimen bersidang secepat mungkin.” ujar PH.
- Striking a balanced look on our universities’ rankings
- From rules to respect
- Gold Roses & Silver Roses, The Hand-Dipped Gifts That Keeps Giving All Year Long
- Tim Hortons® Premium Signature Store at Sunway Pyramid drops Unique Brews and Coffee Crafting Magic
- ZJLD’s “Zhenjiu World Tour — Light Chasers in Antarctica” Successfully Concluded
Leave a comment