13 Jun 2021 – Menyedari bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data Kerajaan maka tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam, pPemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
“Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Seperti diumumkan dalam Program PEMERKASA+ pada 31 Mei 2021, Kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada. Pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.” kata Tengku Zafrul.
Permohonan rayuan boleh dibuat melalui kaedah :
Secara dalam talian | Melalui Portal Rasmi BPR LHDNM, bpr.hasil.gov.my |
Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 Secara Manual | Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu sahaja (tertakluk kepada SOP semasa Kaunter Perkhidmatan Kerajaan) |
“Setelah pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada bulan Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).
Pemohon rayuan BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR (bpr.hasil.gov.my) bagi mendapatkan maklumat lanjut.” kata Tengku Zafrul.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment