Kenyataan Media

MIECC Dijadikan PPV Mega, Kerajaan Sasar Pemberian Vaksin 200,000 Dos Sehari

162

11 JUN 2021 – MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC) di Seri Kembangan akan dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Lembah Klang.

Dalam satu kenyataan daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata, PPV tersebut akan mula beroperasi pada Isnin, 14 Jun 2021 dalam usaha untuk menyegerakan Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Penjadualan jumlah janji temu hari pertama untuk MIECC dihadkan kepada 4,900 daripada kapasiti penuh iaitu 8,000 bagi memastikan kelancaran program pada hari pertama disamping pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP)”

“Namun jumlah ini akan ditambah secara berperingkat dalam masa terdekat” katanya.

“Orang ramai diminta untuk menyemak aplikasi MySejahtera mereka bagi mendapatkan butiran janji temu vaksinasi COVID-19 masing-masing”.

“Janji temu di PPV MIECC yang bermula dari 9 pagi sehingga 8 malam sedang dikeluarkan ketika ini dan mereka yang diberikan janji temu dinasihatkan tiba di MIECC 30 minit sebelum waktu janji temu bagi mengelakkan kesesakan” katanya.

MIECC adalah usaha kerajaan dalam memperkasakan kadar vaksinasi dengan pembukaan enam PPV mega seperti di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Axiata Arena, Setia City Convention Centre (SCCC) dan UiTM Puncak Alam.

Dalam kenyataan yang sama menjelaskan seramai 30,000 orang boleh divaksinasi setiap hari melalui 6 PPV ini.

“Setakat ini, kadar vaksinasi negara telah mencecah paras 150,000 dos sehari dan kerajaan menyasarkan untuk terus mempertingkatkan usaha vaksinasi bagi mencapai jumlah suntikan 200,000 dos sehari dalam masa terdekat” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...