Politik @ My LNA

PH tolak MAGERAN, Darurat perlu ditamatkan segera

91
financial stock market graph illustration ,concept of business investment and stock future trading.

11 Jun 2021 – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menolak cadangan mewujudkan sebuah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) seperti yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir semalam.

“Majlis Presiden mengambil maklum cadangan Tun Dr Mahathir untuk mewujudkan sebuah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara pada waktu ini, terutama berkait COVID-19.

Walau bagaimanapun, sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, Pakatan Harapan menolak cadangan MAGERAN ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa Darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang.” kata PH dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Tegas PH penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu COVID-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik.

“Ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen.” katanya.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa beliau mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong penubuhan sebuah badan khas seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) diwujudkan untuk menangani empat isu utama yang sedang dihadapi Malaysia.

Beliau mencadangkan demikian ketika majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung selama 45 minit semalam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...