Politik @ My LNA

SPR : DUN Sarawak Tamat Tempoh, PRU Ditangguhkan

53

6 Jun 2021 PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini telah menerima Notis telah menerima pemakluman rasmi daripada YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Bin Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung dengan tamat tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-18.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan di bawah Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021,bagi tempoh darurat berkuat kuasa peruntukan untuk memanggil, memprorog dan membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak mempunyai kesan dan ia akan ditetapkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 juga memperuntukkan pilihan raya Dewan Undangan Negeri bagi tempoh darurat berkuat kuasa tidak mempunyai kesan dan tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak hendaklah diadakan pada tarikh difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak” ujar beliau.

“Selaras dengan Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021 dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkaitan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa maka Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ditangguhkan” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Keunikan DUN Sarawak

Pada Pilihanraya Umum ke-14 pada tahun 2018, Sarawak yang mempunyai sebanyak 31 buah kerusi Parlimen telah dimenangi oleh Barisan Nasional (19 kerusi), DAP (6 kerusi), PKR (4 kerusi) dan Bebas (2 kerusi).

Sebanyak 82 buah kerusi DUN Sarawak telah diperuntukan dan kali terakhir Sarawak mengadakan PIlihanraya Umum Negeri adalah pada 2016 di mana Barisan Nasional telah menyenaraikan 82 calon bagi bertanding di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri kali ini.

Pakatan Harapan yang baru sahaja setahun dijenamakan semula dari Pakatan Rakyat menghantar 84 calon di 78 kawasan DUN yang mana 13 mewakili Parti Amanah Negara, 31 mewakili Parti Tindakan Demokratik dan 40 mewakili Parti Keadilan Rakyat.

Pilihanraya kali ini menyaksikan 6 pertembungan kerusi DUN antara PKR dan DAP. (N.13 – Batu Kitang, N.19 – Mambong, N.32 – Simanggang, N.49 – Ngemah, N.66 – Murum dan N.78 – Mulu)

Pada Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke-11, Parti Barisan Nasional yang dipimpin oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem telah memenangi PRN Sarawak dengan memenangi 72 kerusi manakala Pakatan Harapan 10 buah kerusi. Kepimpinan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem ketika itu disenangi oleh rakyat Sarawak dengan pendekatan “mesra tapi tegas” berhubung soal pentadbiran dan kuasa di bawah negeri dan hubungan dengan kerajaan persekutuan sedikit sebanyak antara faktor kemenangan beliau ketika itu. 

Pada 2018, disebabkan oleh parti kerajaan keika itu iaitu Barisan Nasional telah kecundang di peringkat persekutuan, Pakatan Harapan telah dipilih untuk menerajui negara pada tahun 2018.

Rentetan itu, Barisan Nasional di Sarawak telah memutuskan untuk keluar daripada BN dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak atau lebih dikenali dengan GPS.

Sehingga kini, parti Gabungan Parti Sarawak yang merupakan bekas parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP). Gabungan Parti Sarawak ini bermula dari tarikh 12 Jun 2018.  

GPS sehingga kini menyokong pembentukan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri rentetan peristiwa “Langkah Sheraton” yang membawa kepada pembentukan kerajaan sehingga ke hari ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...