Politik @ My LNA

Pencerobohan Kedaulatan Negara – PH Desak Tindakan Dwipastisan

55

6 Jun, Kuala Lumpur – Pakatan Harapan (PH) mendesak supaya isu kepentingan kedaulatan negara dan pembaharuan pertahanan perlu diuruskan secara dwipartisan. PH turut membangkitkan mengenai pelan tindakan untuk menangani pencerobohan serta pemodenan keupayaan ATM berlandaskan Kertas Putih Pertahanan 2019.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini turut memaklumkan pihak mereka telah menghantar surat menerusi Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan (JKKPH) kepada Menteri Pertahanan pada 3 Jun 2021, berkenaan isu 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang telah memasuki Wilayah Maklumat Penerbangan (Flight Information Region) Kota Kinabalu pada 31 Mei 2021.

“JKKPH telah mencadangkan supaya Menteri Pertahanan menganjurkan taklimat rasmi dwipartisan berkenaan isu tersebut bersama Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara”, ujar mereka.

“PH memandang serius insiden ini dan menegaskan tindakan pesawat tersebut yang enggan mematuhi arahan untuk menghubungi kawalan trafik udara FIR Kota Kinabalu adalah membahayakan keselamatan ruang udara dan tidak berniat baik (not in good faith). Apabila pesawat asing dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika dari zon maritim Malaysia, tindakan ini adalah mencurigakan dan tidak selari dengan “orde dunia berasaskan peraturan” (rules based international order)” ujar PH dalam kenyataan tersebut. 

“Bagi menghadapi krisis dan wabak Covid-19, kerajaan dan pembangkang harus mengetepikan soal politik dan mencari jalan penyelesaian bersama atas dasar kepentingan negara” ujar PH lagi.

Malaysia menerusi Kementerian Luar bertindak menghantar nota bantahan terhadap insiden pencerobohan serta akan memanggil Duta China Ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan terperinci.

Menteri Luar, Datuk Hishamuddin Tun Hussein turut menegaskan bahawa hubungan diplomatik mesra dengan mana-mana negara tidak sekali-kali bermaksud Malaysia kompromi soal keselamatan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...