Ekonomi @ My LNA

Hanya Kerja Kritikal Sektor Pembinaan Lebuhraya Sahaja Dibenarkan Operasi – KP LLM

112

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal sahaja dibenarkan dalam sektor pembinaan lebuh raya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dato’ Ir Mohd Shuhaimi Hassan berkata ini adalah termasuk penyelenggaraan dan pembaikan kritikal iaitu cerun, jalan raya, jambatan, kawalan pengurusan trafik dan lampu isyarat.

“Selain itu, kerja pembinaan melibatkan infrastruktur awam utama dan kritika seperti terowong, cerun, jambatan dan lebuh raya yang disahkan mencapai kemajuan fizikal 80% keatas turut dibenarkan beroperasi” jelas beliau dalam program Bicara Politikonomi di RTM.

Tambah beliau, operasi di Kawasan Rehat dan Rawat serta Hentian Sebelah, aktiviti ekonomi seperti gerai jualan, stesen minyak masih dibenarkan beroperasi dengan tempoh masa tertentu sepertimana yang disarankan Kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Operasi plaza tol di lebuh raya seluruh negara dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa dan jumlah pembukaan lorong adalah bergantung kepada situasi aliran trafik semasa”.

“Pasukan rondaan lebuh raya dan Pusat Pengurusan Trafik LLM juga turut beroperasi seperti biasa bagi mengawasi dan memberi bantuan kepada pengguna lebuh raya serta menyampaikan informasi mengenai keadaan aliran trafik di lebuh raya” katanya.

Pengguna yang memerlukan bantuan atau maklumat trafik boleh menghubungi talian bebas tol Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...