Ekonomi @ My LNA

PEMERKASA+ langkah tepat bantu usahawan – Dr. Wan Junaidi

69

PUTRAJAYA 1 Jun 2021 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato Sri Dr. Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) merupakan langkah yang tepat untuk membantu usahawan termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mengekalkan daya tahan perniagaan dalam tempoh yang mencabar sepanjang lock down dilaksanakan bermula 1 Jun 2021.

Menurut Dr. Wan Junaidi dalam satu kenyataan media hari ni, PMKS yang berjumlah lebih 1.15 juta pada tahun 2020, memberi sumbangan yang amat signifikan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, di mana ianya menyumbang kepada hampir separuh daripada guna tenaga di negara ini iaitu sebanyak 7.3 juta orang.

“MEDAC menyokong penuh pemberian insentif yang akan memanfaatkan usahawan, termasuk bantuan geran dan pembiayaan berjumlah RM11.5 billion” katanya.

Beliau turut menyenaraikan inisiatif di bawah PEMERKASA+ yang akan memanfaatkan golongan usahawan yang terkesan iaitu :

  1. Bantuan Pinjaman Bank Bersasar bagi perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.
  2. Program MARA Prihatin – Diskaun 30% sewaan premis.
  3. Program Subsidi Upah – RM1.5 bilion.
  4. Geran Khas Prihatin – RM1.5 bilion.
  5. Pembiayaan Mikro Kredit di bawah BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM – RM1.5 bilion.
  6. Fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar – RM7 bilion.
  7. Lembaga Hasil Dalam Negeri mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran penalti ke tahun 2022.
  8. Suruhanjaya Syarikat Malaysia memperkenalkan semula pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun.
  9. Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengecualikan bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.
  10. Akta Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 atau Akta 829 ditambahbaik bagi membantu individu dan perniagaan yang terkesan.
  11. Pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan layak menerima diskaun bil elektrik sebanyak 10% selama 3 bulan tambahan antara bulan Julai hingga September 2021.
  12. Potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa.
  13. Pelanjutan sehingga 31 Disember 2021 bagi pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel masih berterusan.

“Selain PMKS, golongan usahawan informal juga antara yang terjejas teruk kerana mereka ini tidak mempunyai simpanan dan aliran tunai yang mencukupi.

Penemuan ini adalah berdasarkan analisa kaji selidik yang dilaksanakan oleh MEDAC ke atas usahawan pelbagai kategori.” tambah Dr. Wan Junadi merujuk kepada Kaji Selidik Mengenai Impak Covid 19 dan Penguatkuasaan PKP Ke Atas Usahawan yang dilaksanakan oleh MEDAC secara berkala mulai pelaksanaan PKP 1.0 pada tahun lalu dan yang terkini adalah pada 15 Februari hingga 5 Mac 2021.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus sebagai inisiatif terbaharu Kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini.

Nilai keseluruhan program PEMERKASA Plus adalah berjumlah 40 bilion ringgit, di mana suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak 5 bilion ringgit. PEMERKASA Plus akan dilaksanakan berlandaskan 3 matlamat utama iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...