Kenyataan Media

Program ImuniSel: Isu Pendaftaran Vasksin AstraZeneca Selesai, CITF Akan Buka PPV Berskala Mega Bagi PICK Di Selangor

92

KUALA LUMPUR 30 Mei 2021 – Pihak ImuniSEL telah bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang telah didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca.

Persetujuan ini dibuat selepas perbincangan antara Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mencari penyelesaian isu berhubung pendaftaran vaksin AstraZeneca dibawah kempen bantuan (outreach) ImuniSel.

Dalam kenyataan bersama hari ini, CITF mengambil maklum dan menghargai usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor serta pihak-pihak lain bagi membolehkan seramai mungkin individu di Malaysia termasuklah di Selangor mendaftar dan mendapat vaksinasi COVID-19 melalui ImuniSel.

Namun, pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca memerlukan persetujuan berbeza berbanding vaksin-vaksin lain yang berada dalam program arus perdana PICK dan pihak ImuniSel mengambil maklum berhubung keperluan mendapatkan kebenaran berbeza ini sebelum pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca dibuat.

“Menerusi pendaftaran AstraZeneca yang dibuat oleh Imunisel tanpa pengetahuan mereka, terdapat beberapa individu yang telah terlebih dahulu menerima janji temu vaksinasi bukan AstraZeneca, digantikan dengan janji temu baharu bagi vaksin AstraZeneca”.

ImuniSel merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk mendaftar vaksin secara offline untuk golongan yang sukar mempunyai akses digital. Setiap individu yang membuat pendaftaran vaksin menerusi ImuniSel telah memberikan kebenaran untuk didaftarkan bagi vaksinasi PICK.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, satu ciri tambahan di aplikasi MySejahtera akan dibangunkan dalam masa terdekat bagi membolehkan individu yang terkesan terutamanya yang telah menerima janji temu baharu menggantikan janji temu terdahulu, dapat memberi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera”.

“Mengenai perancangan menambah kadar harian vaksinasi di negeri Selangor, kami telah bersetuju untuk membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega di beberapa lokasi di sekitar Selangor secara berperingkat bermula minggu kedua bulan Jun”.

“Persetujuan juga telah dibuat bagi kerjasama strategik antara pihak kerajaan negeri Selangor dan pihak CITF untuk meningkatkan bagi membolehkan PICK berjalan dengan lancar serta teratur, seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...