Ekonomi @ My LNA

Perkhidmatan Kritikal dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh – KKR

79

KUALA LUMPUR 30 Mei 2021 – Kementerian Kerja Raya (KKR) pada hari ini mengeluarkan senarai Perkhidmatan Kritikal yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di seluruh negara yang akan bermula dari 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Jelas KKR dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini walaupun semua kerja pembinaan di seluruh negara harus diberhentikan sepanjang tempoh PKP ini, pengecualian diberikan kepada kerja-kerja berikut yang disenaraikan dalam Perkhidmatan Kritikal.

Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dalam Sektor Pembinaan adalah-

A. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal, iaitu kerja yang mana jika sekiranya tidak diteruskan boleh mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada pekerja, orang awam atau persekitaran, meliputi:

a) Penyelenggaraan dan pembaikan cerun, jalan raya, jambatan, kawalan pengurusan trafik (Traffic Management Control), dan lampu isyarat;
b) Pemeriksaan berkala dan pembaikan lif/ travelator/ escalator dan lain-lain peralatan mekanikal dan elektrikal yang kritikal;
c) Pembaikan, penyelenggaraan dan naik taraf fasiliti di premis-premis perkhidmatan kritikal;
d) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak;
e) Pembaikan dan penyelenggaraan landasan keretapi seperti MRT, LRT, komuter, single/ double track dan projek rel.
f) Pembaikan kediaman perseorangan; dan
g) Pembinaan Bailey Bridge di lokasi jambatan roboh.

B. Kerja-kerja pembinaan melibatkan infrastruktur awam utama dan kritikal meliputi-

a) Terowong;
b) Cerun
c) Jambatan dan viaduct;
d) Lebuhraya yang disahkan mencapai kemajuan fizikal lapan puluh(80%) dan ke atas;
e) Infrastruktur awam utama termasuklah MRT, LRT, ECRL, komuter, single/double track dan projek rel;
f) Infrastruktur berkaitan elektrik, telekomunikasi, empangan, saliran dan pembentungan, minyak dan gas;
g) Kerja-kerja hospital yang disahkan mencapai kemajuan fizikal lapan puluh (80%) dan ke atas;
h) Kerja pembinaan bangunan yang mempunyai penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina.

C. Perkhidmatan profesional/ perunding yang terlibat bagi kerja-kerja pembinaan yang dibenarkan beroperasi seperti yang disenaraikan di item (A) dan (B) seperti di atas; dan

D. Perkhidmatan dalam rantaian bekalan yang terlibat bagi kerja-kerja pembinaan yang dibenarkan beroperasi seperti di item (A) dan (B) seperti di atas.

Kesemua kontraktor yang terlibat dengan projek-projek yang tersenarai di atas perlu mendapatkan kelulusan baharu menerusi CIMS CIDB di laman web cims.cidb.gov.my untuk tempoh PKP bermula 1 Jun 2021. Bagi syarikat perunding dan pembekal, permohonan kebenaran beroperasi perlu dibuat melalui kontrakor utama yang bertanggungjawab memasukkan maklumat semua syarikat perunding dan pembekal perkhidmatan yang berkaitan dengan projek berkenaan ke dalam sistem. Kesemua kelulusan sebelum ini tidak boleh diguna pakai dalam tempoh ini.

Surat kebenaran yang dijana melalui sistem tersebut hendaklah dipamerkan di premis/tapak bina dan boleh digunakan sebagai kelulusan untuk pergerakan oleh semua pihak yang terlibat dengan projek yang diluluskan tersebut.” jelas KKR.

Berkenaan soal kawalan pergerakan pekerna pembinaan, KKR menyatakan bahawa waktu beroperasi dan kehadiran pekerja yang dibenarkan adalah seperti biasa namun kapasiti pekerja dihadkan kepada 60% sahaja.

Menterinya Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata semua pekerja (warga tempatan dan warga asing) di tapak pembinaan wajib menjalani Ujian Pengesanan COVID-10 sebelum memulakan kerja.

“Kontraktor juga diingatkan untuk melantik Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang diberi tanggungjawab memantau pematuhan SOP di tapak bina, selain daripada garis panduan keselamatan dan kesihatan yang lain. Pegawai Penyelia Projek bertanggungjawab memastikan pematuhan SOP sepenuhnya semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan sepanjang tempoh PKP.

Untuk memastikan COVID-19 tidak merebak dari tapak pembinaan ke komuniti tempatan, kawalan pergerakan keluar dan masuk dari tapak pembinaan dan tempat tinggal pekerja (CLQ) perlu dihadkan. Kontraktor perlu menyediakan pengangkutan pulang dan balik pekerja yang dihadkan kepada pergerakan di antara penginapan atau CLQ dengan tapak pembinaan sahaja. Kontraktor juga perlu memastikan keperluan harian seperti keperluan makanan dan kebersihan diri pekerja tapak pembinaan disediakan untuk mengawal pergerakan keluar dan masuk pekerja bagi melindungi pekerja dan penduduk tempatan daripada jangkitan wabak COVID-19.” kata Fadillah.

Tambah beliau semua pekerja binaan tidak dibenarkan berpindah dari satu tapak pembinaan ke lokasi yang lain dalam tempoh PKP bagi mengelakkan penyebaran virus dari satu tapak pembinaan ke lokasi yang lain.

“CIDB mempunyai kuasa untuk menutup tapak pembinaan dan juga mengenakan kompaun kepada tapak-tapak pembinaan yang didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan atau melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia), Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990) dan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

CIDB juga mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada mana-mana kontraktor yang di dapati bersalah yang akan mengakibatkan pendaftaran mereka di gantung atau dibatalkan.” tegas Fadillah.

Perincian syarat dan jenis kerja yang dibenarkan dinyatakan dengan jelas di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Pembinaan yang boleh dimuat turun dari www.cidb.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

PADU : Elakkan pendaftaran di saat terakhir

PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 – Pangkalan Data Utama (PADU) telah menyaksikan peningkatan...