Home Kenyataan Media LINTASAN PESAWAT ISRAEL DIBENARKAN KERAJAAN MUHYIDDIN, MANA SUARA MENTERI PAS & UMNO?
Kenyataan MediaPendapatPolitik

LINTASAN PESAWAT ISRAEL DIBENARKAN KERAJAAN MUHYIDDIN, MANA SUARA MENTERI PAS & UMNO?

  1. Kementerian Pengangkutan telah mengakui bahawa lintasan pesawat Israel di ruang udara Malaysia sememangnya dibenarkan oleh pihak kerajaan. Malah dalam kenyataan tersebut seakan-akannya kita tidak boleh langsung menghalang mana-mana pesawat atas nama keanggotaan dalam ICAO, asalkan ianya ‘tidak mengancam keselamatan dan kedaulatan negara’.
  2. Pertama sekali, kenyataan ini keluar daripada sebuah kerajaan yang suka bermuka-muka. Kecaman terhadap Israel sekadar di mulut namun hakikatnya muka-muka inilah yang rapat dan mesra dengan para pelobi normalisasi hubungan dengan Israel. Akibat telah terbiasa bermuka-muka itulah yang akhirnya tanpa rasa bersalah telah membenarkan pesawat Israel melalui ruang udara negara. Kalau pun mahu bersangka baik bahawa pesawat itu tidak mengancam keselamatan negara, tidakkah berwaspada dengan tidak membenarkan itu jauh lebih baik?
  3. Malah jika Indonesia pada 2017 dengan tegas boleh menghalang pesawat Israel melalui ruang udara mereka dengan beberapa perincian justifikasi, apakah ketika itu negara berkenaan bukan anggota ICAO? Tidakkah Muhyiddin dan para menterinya ini tahu betapa resahnya rakyat apabila mendapat tahu pesawat Israel dengan senang-lenangnya boleh melintas ke ruang udara negara, ketika beberapa hari sebelumnya rakyat Malaysia memberikan sokongan yang jitu kepada perjuangan rakyat Palestin?
  4. Dalam hal penentangan terhadap negara haram Israel bukanlah terlalu kompleks sifatnya. Cukup memaklumi bahawa ianya sebuah imperialisme yang wajar dilawan, maka segala dasar dan polisi harus mengarah ke situ. Namun kalau itu pun gagal difahami, malah diberikan segala mak nenek justifikasi untuk berlembut pula akhirnya, amatlah malang keadannya bagi kerajaan yang gemar bermuka-muka ini. Lantas ingin ditanyakan soalan terakhir, di mana menteri PAS dan UMNO? Tunduk kepada MCA kah?

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN)
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

30 Mei 2021 | 18 Syawal 1442H

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPolitik

PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH

PADANG TERAP, 5 Jun – Formula ‘menang-menang’ bagi agihan kerusi Pilihan Raya...

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

EkonomiHighlightsMY LNAPendapat

Perbelanjaan pengguna merosot pada separuh kedua 2023?

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor Walaupun Bank Negara Malaysia...

HighlightsMY LNAPendapatPendidikan

Tiada lambakan jika mahu pandang ke hadapan

Oleh: Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Saya teruja untuk memberi respon kepada...