AM

Ramai mangsa banjir di Sabah dibenarkan pulang hari ini – BERNAMA

83

KOTA KINABALU, 28 Mei — Lebih ramai mangsa banjir di Beaufort dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini dengan hanya 118 mangsa daripada 27 keluarga yang tinggal di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 602 orang daripada 155 keluarga, petang semalam.

Berikutan keadaan banjir di kawasan berkenaan beransur pulih, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan tiga PPS di daerah berkenaan ditutup pagi ini.

“Hanya PPS di Dewan DSP Mohd Dun Banir beroperasi pagi ini dan pihak kami kini sedang memantau situasi banjir di Beaufort bagi memastikan keadaan selamat sebelum membenarkan mangsa banjir pulang ke rumah,” menurut kenyataan itu.

Banjir bermula 20 Mei lepas akibat hujan lebat berterusan itu menjejaskan 47 kampung di Tenom dan 75 kampung di Beaufort.

— BERNAMA

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...