Kenyataan Media

Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Bagi Orang Ramai Dibuka Esok – KJ

105

PUTRAJAYA: Pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi pusingan kedua akan dibuka kepada orang awam di bawah umur 60 tahun mulai tengah hari esok.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata tempahan itu dibuka kepada orang ramai di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor serta Kuching dan Miri di Sarawak.

“Keutamaan diberikan kepada warga emas pada hari ini sehingga pagi esok sebelum dibuka kepada orang ramai yang berumur 60 tahun kebawah” kata beliau pada satu sidang akhbar bagi perkembangan PICK hari ini.

Seramai 228,000 warga emas telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin itu selepas tawaran dibuka kelmarin.

Jelas beliau keutamaan kepada warga emas turut melibatkan PICK melalui janji temu pada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) biasa.

Dalam sidang media yang sama Khairy turut menjelaskan bahawa kadar vaksinasi negara direkodkan tertinggi sebanyak 95,000 dos sehari pada Isnin.

Beliau turut menjangka kadar tersebut akan terus meningkat untuk mencapai sasaran 150,000 dos sehari pada Jun depan.

“Kadar ini akan meningkat untuk mencapai sasaran pada Jun iaitu sebanyak 150,000 dos sehari” katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...