Alam Sekitar @ MY LNAAM

Hanya 7 ekor Lontong Cengkong dewasa ganas dilupuskan

203

25 Mei 2021 – Dakwaan yang tular di media sosial bahawa pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menembak 20 ekor spesies lotong di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 19 Mei 2021 adalah tidak tepat. Jelas PERHILITAN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini hanya 7 ekor Lotong Cengkong yang ganas sahaja telah dilupuskan (secara penakaian atau culling) dan bukannya 20 ekor sepeti yang didakwa.

Kata PERHILITAN lagi, kesemua 7 ekor individu lotong yang dilupuskan adalah lotong dewasa sahaja yang tidak melibatkan sebarang individu juvenil.

Jabatan PERHILITAN telah menguruskan bangkai lotong tersebut mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Oleh itu gambar lotong mati di atas pokok yang ditularkan dipercayai diambil sebelum keseluruhan operasi ini selesai sepenuhnya.

Kumpulan lotong yang telah dilupuskan adalah lotong yang bertindak ganas dan sering mengganggu penduduk dan bukannya jinak seperti yang didakwa” kata PERHILITAN.

Tambah PERHILITAN, gambar 2 unit kelongsong peluru yang ditunjukkan di dalam media sosial adalah dipercayai dikutip dari kawasan belukar atau semak selepas operasi dijalankan dan sebelum sempat dikutip oleh pihak Jabatan PERHILITAN.

Jabatan PERHILITAN telah menerima 8 aduan berulang berkaitan serangan dan gangguan Lotong Cengkong di kawasan terbabit sejak awal tahun 2021 di mana terdapat 3 kes serangan lotong terhadap manusia yang menyebabkan kecederaan yang serius kepada orang awam di sekitar lokasi tersebut. Untuk makluman, kawasan pesisiran pantai Batu 2 sehingga Batu 11, Port Dickson tersebut merupakan kawasan keliaran lotong liar di dalam anggaran 140 hingga 160 ekor lotong yang terdiri daripada 4 kumpulan lotong.

“Bagi memastikan kawasan lokasi kejadian ini selamat daripada serangan lotong, Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan telah menjalankan operasi menghalau serta operasi tangkap pindah Lotong Cengkong tersebut. Walau bagaimanapun, kumpulan lotong ganas ini tidak berjaya ditangkap kerana penggunaan perangkap di kawasan ini didapati tidak berkesan.

Jabatan PERHILITAN telah mengambil pertimbangan pelbagai sudut termasuk mengambil kira lokasi gangguan berhampiran dengan penempatan manusia. Oleh itu, tindakan pelupusan atau penakaian lotong ini adalah kaedah terbaik bagi menangani konflik hidupan liar di kawasan tersebut. Justeru, satu operasi pengecaman lotong-lotong yang mencederakan serta membahayakan manusia telah dijalankan di kawasan tersebut.” jelas PERHILITAN.

Tindakan Jabatan PERHILITAN dalam operasi kawalan konflik ini juga mematuhi peruntukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu Seksyen 52(a) iaitu “Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, seorang pegawai yang bertindak secara suci hati dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini boleh memburu mana-mana hidupan liar jika hidupan liar itu berbahaya kepada nyawa atau harta manusia”.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...