CYBERJAYA 23 Mei 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan tuduhan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa pihaknya memberikan “arahan” kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merampas telefon mudah alih milik beliau.
Jelas MCMC di dalam satu kenyaan media yang dikeluarkan hari ini, MCMC, selaku agensi teknikal dalam membantu siasatan pihak PDRM tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk merampas bahan bukti yang diperlukan PDRM untuk melengkapkan siasatan mereka.
“Sebaliknya, MCMC akan terus mengemukakan bantuan dan syor teknikal, sesuai dengan keperluan siasatan, secara telus tanpa sebarang agenda terlindung termasuk agenda politik.” katanya.
MCMC turut menafikan wujudnya “unit khas” dalam MCMC untuk tujuan politik, gangguan politik (political intrusion), kempen sabotaj dan lain-lain, seperti mana yang didakwa oleh Syed Saddiq dalam kenyataan beliau.
“Untuk makluman, MCMC berperanan untuk mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (ASKMM) 1998 dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta susunan organisasi MCMC dibentuk dan disusun sesuai dengan peranan kawal selia yang dilaksanakan oleh MCMC.
Dalam hal ini, pihak MCMC ingin menjemput YB Syed Saddiq untuk hadir ke MCMC yang mana Suruhanjaya bersedia untuk memberikan penerangan penuh mengenai peranan dan carta organisasinya yang juga boleh didapati di laman sesawang rasmi MCMC.” kata MCMC.
Mantan Menteri Belia dan Sukan itu telah diminta hadir bagi rakaman percakapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pagi Sabtu. Ia adalah bagi membantu siasatan berhubung klip video berdurasi 57 saat bertajuk #JusticeforGanapathy yang dimuat naik di laman Instagram ‘syedsaddiq’.
Di dalam laporan media, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri mengatakan bahawa pihak PDRM telah merampas satu telefon bimbit dan satu kad sim bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment