Home Kenyataan Media Tempahan vaksin AstraZeneca untuk WARGA EMAS kini dibuka
Kenyataan Media

Tempahan vaksin AstraZeneca untuk WARGA EMAS kini dibuka

23 Mei 2021 – Tempahan vaksin AstraZeneca untuk warga emas kini dibuka dan ia boleh dilakukan dengan layari halaman web https://www.vaksincovid.gov.my/astrazeneca/

Ia adalah terbuka kepada para penduduk Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sarawak & Selangor dan berdasarkan konsep “first-come, first-served”.

Mereka yang berminat juga diminta memasukkan ID My Sejahtera (MySJ ID ) di dalam ruangan di halaman web tersebut. Bagaimana pun bagi yang tidak memiliki atau menggunakan aplikasi My Sejahtera, mereka boleh tandakan di kotak bertulis “Saya bukan pengguna aplikasi MySejahtera”. MySJ ID boleh didapati di tab Profil aplikasi MySejahtera.

Semalam Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan pelawaan untuk membuat tempahan slot janji temu suntikan vaksin AstraZeneca akan dibuka semula mulai jam 12 tengah hari pada hari ini. Sebanyak 1,240,000 dos vaksin AstraZeneca ditawarkan bagi warga emas.

Menurut CITF, pemberian suntikan bagi pusingan kedua inisiatif ini akan dimulakan pada 7 Jun sehingga 27 Julai untuk dos pertama di lapan (8) buah Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ).

PPVAZ tersebut adalah Setia SPICE Convention Centre (Pulau Pinang), Persada Johor International Convention Center (Johor Baharu), Borneo Convention Center Kuching (Sarawak), Institut Kemahiran Belia Negara Miri (Sarawak), World Trade Centre (Kuala Lumpur), Universiti Malaya (Kuala Lumpur), Universiti Kebangsaan Malaysia (Selangor) dan Ideal Convention Centre Shah Alam (Selangor).

Dalam pada itu bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan mempunyai masalah dengan capaian internet, mereka boleh mendapatkan bantuan di Pusat Komuniti Desa (PKD) yang terletak di kawasan masing-masing. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mengaktifkan sebanyai 191 buah PKD sebagai Pusat Daftar Vaksin Luar Bandar bermula 20 Mei 2021.

 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...