PUTRAJAYA 21 Mei 2021 – Kerajaan bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.
Perkara itu dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Menurut kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri, keputusan itu turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penularan COVID-19.
Sebelum ini Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa bagi tempoh empat minggu bermula 12 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021.
“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKP 3.0 telah diperketatkan termasuk larangan rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka”.
Jelasnya, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang.
“Perincian mengenai sekatan tambahan itu akan diumumkan dalam sidang akhbar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok” katanya.
- It’s green here too
- Woh Hup Celebrates 88 Years of Bringing Asian Flavours to the World
- OneConnect Releases Q3 2024 Results with Net Profit attributable to Parent Company Reaching RMB110 million
- Sheffield Green Opens Offshore Wind Training Centre in Taiwan Chiayi
- Eude Technology Establishes Strategic AI Research Partnership with Nanyang Technological University
Leave a comment