Kenyataan Media

Malaysia terima lebih sejuta dos vaksin COVID-19 hari ini

82

21 Mei 2021 – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) pada hari ini memaklumkan bahawa Malaysia telah menerima dua lagi penghantaran vaksin COVID-19 di Lapangan Terbang Kuala Lumpur hari ini dengan ketibaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac (Sinovac Life Sciences Co. Ltd) berjumlah 1,059,200 dos sekaligus menyumbang untuk meningkatkan keupayaan kempen vaksinasi negara.

“Sebanyak 559,200 dos AstraZeneca daripada tempahan yang dibuat melalui COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX) Facility tiba di Kuala Lumpur pada jam 7.50 pagi dengan penerbangan MH6125.

Vaksin CoronaVac pula tiba pada waktu yang sama melalui penerbangan MH361. Sebanyak 500,000 dos dihantar pada hari ini.” kata CITF melalyu satu kenyataan yang diedarkan hari ini.

Mengulas lanjut, CITF berkata bahawa ketibaan bekalan ini merupakan tambahan kepada stok sedia ada menjadikan jumlah terkini vaksin AstraZeneca yang sudah diterima daripada COVAX adalah 828,000 dos. Stok yang diperolehi sebelum ini adalah sebanyak 268,800 dos.

“Satu lagi penghantaran bekalan vaksin AstraZeneca daripada COVAX dengan jumlah yang sama iaitu 559,200 dos pada hujung bulan ini.

Dos AstraZeneca yang diterima sehingga kini telah dipastikan berkualiti, selamat dan berkesan melalui pematuhan ke atas keperluan Lot Release. Vaksin seterusnya akan dihantar ke Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) di Lembah Klang serta di tiga lagi negeri lain iaitu Pulau Pinang, Johor dan Sarawak yang baru sahaja menyertai
Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca bermula sejak 5 Mei 2021.

Ini semua adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk menghebatkan lagi proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Di bawah PICK peningkatan pemberian vaksin, iaitu satu usaha Kerajaan untuk memberikan perlindungan kepada rakyat Malaysia daripada pandemik COVID-19 akan mula disaksikan pada Jun nanti.” jelas CITF.

Tambah CITF, seperti yang telah diumumkan semalam, PICK kini berjalan mengikut perancangan dan kadar vaksinasi ke atas penduduk Malaysia akan terus meningkat sejajar dengan pertambahan bekalan vaksin yang bakal tiba dari semasa ke semasa.

“Pada waktu ini, kadar vaksinasi juga mencatatkan peningkatan yang konsisten, di mana sebanyak 60,261 orang telah menerima vaksinasi mereka pada Isnin 17 Mei lalu; yang telah meningkat kepada 76,551 (Selasa) dan 83,648 (Rabu).” kata CITF.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Photo: YouTube screenshot
Kenyataan Media

Conservative Christians freak out over cute ad featuring a lesbian couple

You need to be logged in to view this content. Please Log...