Pelancongan @ My LNA

Majlis Pelancongan Malaysia pandang serius insiden pelancong positif Covid-19 di Kedah, rakam terima kasih kepada MOTAC

96
Old grey eco drawing paper kraft background texture in soft white light color concept for page wallpaper design, gray rice matte pattern for decorative wall.

21 Mei 2021 – Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) memandang serius tentang insiden pelancong positif Covid 19 di Kedah di mana ia ternyata memberikan satu implikasi negatif khususnya kepada sektor pelancongan yang telah terjejas teruk akibat pendemik Covid 19.

Menurut MTC di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, pihaknya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada inisiatif serta maklum balas segera daripada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam memberikan penjelasan terperinci dan berfakta berhubung dengan insiden tersebut.

“Hasil daripada siasatan dan penjelasan daripada pihak MOTAC tersebut, pihak agensi pelancongan yang mengendalikan pakej pelancongan tersebut telah mematuhi semua garis panduan serta SOP yang ditetapkan. Manakala sumber asal kontak Covid 19 masih belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan KKM.

Justeru adalah tidak wajar untuk kita semata-matanya menyalahkan industri pelancongan sebagai sektor yang membawa kepada penyebaran kes Covid 19 yang berlaku di Kedah. Jika dilihat daripada segi peratusan kes yang berlaku, jumlah kluster yang melibatkan sektor pelancongan adalah sedikit jika dibandingkan dengan kluster-kluster lain.” katanya.

Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, MTC berkata bahawa faktor pematuhan SOP dalam kalangan peserta/ pelancong yang mengikuti pakej tersebut harus diberi perhatian serius.

“Sememangnya SOP adalah penyelamat semua dari di jangkiti Covid-19. Malahan adalah menjadi satu kesalahan sesiapa yang tidak mematuhinya. Barangkali ada dalam kalangan peserta yang alpa sehingga tidak mengamalkan SOP pada diri sendiri seperti memakai pelitup muka dengan sempurna, menjaga jarak fizikal dan menjauhi tempat sempit tidak diamalkan ketika perjalanan tersebut. Kemungkinan diantara sebab kejadian pelancong ke Genting Highland ini terkenan jangkitan ini oleh sebab ada diantara mereka yang telah tidak patuhi SOP.

Rumusannya tiada siapa perlu menunding jari kepada sesiapa. Lojik menunjukkan sesiapa yang terkena jangkitan penyakit ini kemungkinan besar ada bahagian SOP yang tidak dengan di patuhi. Tiada sebarang sekatan perjalanan atau sahaja PKP,PKPB, PKPD dapat mencegah penyakit ini selagi kita sendiri tidak patuhi SOP.” kata MTC.

Tambah MTC, pihaknya menyambut baik usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak MOTAC bermula seawal tercetusnya pandemik ini. Bermula dari segi bantuan kewangan, meringgankan beban hutang dengan bank, lesen yang tidak perlu diperbaharui, plan stimulus pelancongan, program gelembung perjalanan dan banyak lagi usaha usaha dan inisiatif yang proaktif telah pun dan sedang giat dijalankan.

Pada Khamis, MOTAC mengesahkan syarikat penganjur yang terkait dengan insiden pelancong positif COVID-19 telah mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik (Targeted Domestic Tourism Movement Bubble) oleh Kementerian. Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata pihak kementerian telah menjalankan siasatan awal berkenaan insiden tersebut dan hasilnya mendapati 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah ke Genting Highlands, Pahang pada 22 April lalu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

MOTAC adakan kolaborasi dan libat urus, perkasakan pelancongan di Semporna

5 Mac 2024 – Semporna merupakan pilihan pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Spritzer EcoPark Memeriahkan Tahun Baru Cina dengan Sambutan Musim Bunga yang Mempesonakan

KUALA LUMPUR/TAIPING, 8 FEBRUARI 2024 – Spritzer EcoPark sangat teruja untuk sambutan besar-besaran dengan...