Kenyataan Media

Pemberian Vaksin Kurang Dos, Siasatan Terperinci Dijalankan – CITF

90

20 Mei 2021 – Badan Bertindak Imunsasi COVID-19 (CITF) sedang menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan insiden pemberian vaksin AstraZeneca kurang daripada dos yang sepatutnya.

CITF telah menerima maklumat bahawa terdapat dakwaan dua kes pemberian vaksin AstraZeneca kurang daripada dos yang sepatutnya iaitu kurang daripada 0.5 mL yang melibatkan Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPV AZ) World Trade Centre Kuala Lumpur pada 19 Mei 2021.

Dalam satu kenyataan media hari ini, CITF menjelaskan bahawa kedua-dua penerima vaksin yang terlibat telah dikenalpasti dan siasatan secara terperinci akan diambil berhubung insiden ini.

“CITF juga ingin menegaskan bahawa pihaknya sentiasa mementingkan mutu perkhidmatan semua pakar perubatan yang terlibat di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)”

“Ini juga termasuklah pakar perubatan swasta yang diuruskan oleh ProtectHealth Corporation Sdn Bhd yang terlibat dengan PICK” katanya.

Pihak CITF tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang tidak memenuhi mutu yang telah ditetapkan atau melanggar sebarang peraturan yang telah digariskan sepanjang pelaksanaan PICK.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...