Home MY LNA AM Pelancong Positif COVID-19: Syarikat Pelancongan Patuh SOP – Nancy
AMPelancongan

Pelancong Positif COVID-19: Syarikat Pelancongan Patuh SOP – Nancy

20 Mei 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semalam mengesahkan syarikat penganjur yang terkait dengan insiden pelancong positif COVID-19 telah mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik (Targeted Domestic Tourism Movement Bubble) oleh Kementerian.

Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata pihak kementerian telah menjalankan siasatan awal berkenaan insiden tersebut dan hasilnya mendapati 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah ke Genting Highlands, Pahang pada 22 April lalu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Jelas beliau, sebanyak dua buah bas yang digunakan pada 22 April lalu untuk ke lokasi dan pulang pada 24 April lalu.

“Selepas kembali dari Genting Highlands terdapat penumpang yang mengalami gejala demam dan telah membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan”.

Pada 7 Mei 2021, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan 16 individu disahkan positif daripada saringan yang dilakukan ke atas 28 orang dari kumpulan pelancong tersebut.

“Sumber asal kontak COVID-19 yang berkaitan dengan kes ini masih belum dapat dikenal pasti dan pihak KKM sedang menjalankan proses siasatan” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan itu, beliau turut mengingatkan semua agensi pengendali pelancong serta kenderaan pelancongan agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan semasa mengendalikan aktiviti pelancongan.

“Ini bagi memastikan supaya aktiviti pelancongan yang dilaksanakan mendapat perlindungan yang maksimum agar keselamatan pelancong serta pengusaha industri pelancongan itu sendiri dapat dipelihara”.

“Orang ramai juga diingatkan supaya hanya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan dan syarikat kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC sahaja bagi memastikan perkhidmatan yang diperolehi adalah yang terbaik dan selamat” jelas beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...