17 Mei 2021 – Badan Bertindak COVID-19 Kebangsaan (CITF) akan menambah bilangan khemah menunggu sebanyak 4 unit dan sejumlah 500 kerusi dengan kadar segera berikutan masalah kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Titiwangsa hari ini.
Dalam satu kenyataan rasmi CITF, kesesakan berlaku berikutan laluan kenderaan masuk ke kawasan tersebut yang kecil, serta bilangan khemah dan kerusi yang terhad di ruang menunggu bagi yang hadir mendapatkan vaksin.
“Kapasiti PPV adalah seramai 1,600 orang sehari dan jumlah ditambah dengan bilangan pengiring yang menyebabkan jumlah orang ramai yang berada di lokasi adalah berganda dalam satu-satu masa”.
Jelas kenyataan tersebut, keadaan menjadi semakin buruk apabila hujan dan kenderaan yang menghantar para penerima vaksin berebut menghentikan kenderaan masing-masing berdekatan dengan pintu masuk.
Sehubungan itu, pihak CITF memohon maaf atas masalah yang berlaku dan penambahbaikan perkhidmatan akan sentiasa dibuat dari semasa ke semasa.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Leave a comment