Angkatan Belia Islam (ABIM) Sejak Tahun 1971 Konsisten Membela Maruah & Hak Rakyat Palestin. Selain atas paksi agama, ia juga berasaskan paksi perjuangan kemanusiaan.
Dalam sirah, Nabi & Sahabat memusuhi kaum Yahudi bukan atas sebab mereka berbangsa Yahudi tetapi kerana mereka memerangi Islam, melanggar perjanjian & menolak kebenaran.
Perang Khaibar / Ahzab – tercetus bila orang Yahudi berpakat untuk menyerang Madinah. Selepas tewas, orang Yahudi masih dibenarkan tinggal di Khaibar oleh Nabi & Umat Islam dengan syarat-syarat tertentu.
Nabi sendiri beberapa kali berdialog dengan pemimpin / ahli kitab bagi menyampaikan kebenaran & kebaikan Islam. Kerap kali Nabi dicabar membuktikan kebenaran Islam & kenabian & Nabi berjaya buktikan. Ini contoh dialog harmoni yang berlaku dengan orang Yahudi
Dalam pemerintahan Madinah, Nabi & sahabat menerima kaum Yahudi sebagai warga Madinah atas dasar perkongsian hak, peranan dan tanggungjawab bersama Muslim & Yahudi Perkara ini dimeterai dalam Piagam Madinah & semua rakyat Madinah dibenar mengamalkan agama masing-masing.
Nabi juga mempunyai seorang isteri berketurunan Yahudi iaitu Safiyyah bt Huyayy dan berniaga bersama orang Yahudi di Madinah.
Selain itu, tentera Islam di bawah pimpinan Musa Nusayr dan Tariq Ziad memasuki Andalusia (Spain) atas jemputan penduduk Yahudi di sana yang mohon pertolongan dari kezaliman pemerintahan Visigoth.
Zaman pemerintahan Islam di Andulus dikenali sebagai “La Convevencia” – The Peaceful Co-Existence di mana umat Islam, Yahudi & Kristian dapat hidup dengan damai dan harmoni bersama.
Time Magazine isu 27/1/17 membuka semula 15 kisah benar keluarga Muslim yang berusaha menyelamatkan keluarga Yahudi dari dibunuh tentera Nazi. Maka, kita tidak harus memusuhi manusia atas sebab bangsanya. Kita memusuhi sesiapa yang bersikap rasis dan menindas orang lain.
Sikap & ideologi rasis diwarisi oleh kelompok yang menggelarkan diri mereka sebagai Zionis – kelompok yang angkuh & sombong menganggap diri mereka sahaja mulia di sisi Tuhan berbanding manusia lain.
Jika Zionis dibenci kerana memusuhi manusia lain atas ideologi perkauman bangsa yang sempit, jangan kita guna sentimen anti bangsa yang sama memusuhi mereka.
Dalam #ConsiderThis@501Awani saya nyatakan kepentingan untuk kita selalu konsisten. Jika kita menentang kezaliman terhadap kaum kita, kita harus konsisten menentang kezaliman terhadap kaum lain.
Sentimen benci dan rasis keterlaluan menguatkan lagi permainan “playing the victim” mereka kononnya seluruh manusia harus membela mereka atas nama tragedi Holocaust & anti-Semitik.
Dalam isu Palestin ini jelas rakyat Palestin dizalimi dengan kejam oleh rejim Zionis tanpa punyai kemampuan untuk pertahankan diri (apa lagi punyai bunker/ sistem iron dome). Kita semua harus bela rakyat Palestin!
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment