AMPolitik @ My LNA

PBB patut ambil tindakan serta-merta – PN

100

16 Mei 2021 – Perikatan Nasional (PN) pada hari ini mengeluarkan kenytaan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam Zionis Israel yang menyerang kota suci Palestin sehingga menyebabkan kerosakan dan pembunuhan rakyat Palestin di tanah air sendiri. 

Di dalam kenyataan tersebut PN mendedahkan bahawa Israel telah menjajah negara Palestin sedikit demi sedikit sejak 15 Mei 1948 melalui Peristiwa Nakbah yang merupakan suatu tragedi hitam yang telah membunuh ratusan ribu nyawa dan pengusiran rakyat Palestin secara besar-besaran. 

“Israel tidak boleh dibiarkan berterusan dengan kerakusan mereka. Rakyat Palestin telah terlalu lama ditindas oleh rejim ganas Zionis Israel. Masyarakat dunia tidak boleh berdiam diri lagi. 

Kami menyeru dan mendesak pemimpin-pemimpin negara seluruh dunia segera mengutuk kezaliman dan keganasan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. 

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu jangan membisu mengenai hal ini tetapi mestilah mengambil tindakan serta merta dan melaksanakan sekatan yang wajar ke atas Israel. ” tegas PN.

Tambah PN pembunuhan dan pembersihan etnik yang dilakukan oleh Zionis Israel adalah satu jenayah perang (war crime) dan jenayah terhadap kemanusiaan (crime against humanity). Lalu PN menuntut agar mereka yang bertanggungjawab diseret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya rakyat Palestin mendapat hak keadilan. 

“Kami teguh bersolidariti dengan rakyat Palestin yang terus menerus dizalimi dan diusir dari tanah air mereka sendiri. Pembersihan etnik dan sistem apartheid amalan rejim Zionis Israel mesti dihentikan segera. 

Kami menyokong usaha Kerajaan Malaysia membantu rakyat Palestin dan memobilisasi sokongan antarabangsa untuk Palestin. Pengumuman YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelbagai bantuan dan usaha serantau yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia adalah bukti kesungguhan kita yang mahukan penyelesaian tuntas dan keadilan untuk rakyat Palestin. ” kata PN.

Seluruh Rakyat Malaysia turut diseru untuk bersolidariti bersama rakyat Palestin dan berdoa agar rakyat Palestin diberikan kesabaran, pertolongan serta kemenangan dalam usaha mereka memelihara maruah dan hak mereka. PN turut mengajak semua rakyat memberikan sumbangan kepada warga Palestin sebagai tanda tanggungjawab membantu mereka yang dizalimi melalui kempen #Aid4Palestine atau melalui saluran – saluran lain yang sah. 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...