8 Mei 2021 – Malaysia berhasrat mencalonkan Bandar Raya Kuching, Sarawak sebagai salah satu jaringan bandar raya kreatif (creative cities network) di peringkat UNESCO dan ASEAN di bawah kategori Gastronomi, melalui kerjasama antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Menurut Menteri MOTAC Dato’ Sri Hajah Nancy Shukry di dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini, di peringkat serantau, ASEAN mendokong usaha UNESCO untuk mewujudkan jaringan bandar kreatif di rantau ini, dan menyokong penuh hasrat negara-negara ASEAN untuk menyertai jaringan bandar kreatif tersebut.
“Perkara ini selaras dengan Visi ASEAN 2025 untuk mewujudkan komuniti ASEAN yang lebih sejahtera serta berdaya saing pada masa akan datang.
Dengan kepelbagaian menu warisan dan hidangan berasaskan etnik menjadikan Bandaraya Kuching pilihan utama untuk diangkat sebagai bandaraya kreatif kategori gastronomi. Kekayaan biodiversitinya yang mempunyai pelbagai tumbuhan herba yang boleh dijadikan sebagai sumber makanan dapat memberi nilai tambah kepada bandaraya ini untuk diangkat mewakili Malaysia.” kata Nancy.
Tambah beliau, dengan adanya status bandar raya kreatif ini, Bandaraya Kuching juga akan bersama-sama menyertai 11 lagi Bandar Kreatif yang telah wujud di peringkat ASEAN, di bawah jaringan ASEAN Creative City Network (ACCN). Katanya lagi, inisiatif pencalonan Bandaraya Kuching sebagai Creative City of Gastronomy tersebut akan menjadi salah satu tarikan produk pelancongan budaya yang sekaligus akan merancakkan lagi ekonomi dan industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia.
Jaringan Bandar Raya Kreatif merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh UNESCO pada tahun 2004, di mana objektif utama penubuhan bandar kreatif tersebut adalah untuk memupuk inovasi dan kreativiti sebagai pemacu ke arah pembangunan bandar raya yang lestari dan inklusif (sustainable and inclusive city). Terdapat tujuh (7) kategori utama bandar kreatif yang telah digariskan oleh UNESCO iaitu:
- Ilmu dan kesusasteraan
- Filem
- Muzik
- Rekabentuk
- Kraf dan seni tradisional
- Gastronomi
- Seni media
Dalam pada itu, MOTAC juga telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village) bagi menaik taraf infrastruktur dan terus memantapkan kedudukan Kampung Budaya Sarawak sebagai salah satu tarikan pelancongan budaya utama di negeri ini selain meningkatkan lagi keselamatan, imej dan keselesaan kepada para pengunjungnya. Sejumlah RM20 juta di bawah peruntukan Kampung Budaya telah diperuntukkan bagi merancakkan kembali sektor pelancongan dan kebudayaan di beberapa buah negeri di Malaysia.
Ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membantu memulihkan semula sektor pelancongan dan kebudayaan yang akan disalurkan bagi tujuan menambahbaik infrastruktur serta mempergiatkan lagi aktiviti promosi kampung-kampung budaya termasuk di Sarawak, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.
- Budge Huskey Ranked No. 50 On Swanepoel Power 200 List Of Most Influential Leaders in The Real Estate Industry
- Cavli Wireless Introduces the CQM205 5GNR Cellular IoT Module to Reinvent High Bandwidth Connected Solutions
- CHITA Rings in the New Year with a Refreshed Brand Identity and Renewed Commitment to Affordable Style
- DemandScience Appoints Cisco CMO to Board of Directors
- Lingokids Partners with Moonbug Entertainment to Bring Beloved Blippi Characters to the Leading Early Learning App
Leave a comment