Home COVID-19 Sambutan Baik Bagi Program Sukarela AstraZeneca, Tiada Kesan Sampingan Teruk – Khairy
COVID-19Kesihatan

Sambutan Baik Bagi Program Sukarela AstraZeneca, Tiada Kesan Sampingan Teruk – Khairy

PUTRAJAYA 5 Mei 2021 – Program Sukarela AstraZeneca yang mula dijalankan sejak awal minggu ini telah mendapat sambutan sangat baik.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata lot janji temu yang disediakan bagi penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur telah habis diisi dalam tempoh tiga jam sahaja.

“Kita akan terima banyak lagi penghantaran AstraZeneca satu juta dos lebih, saya merancang membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca secara sukarela di negeri lain,” kata beliau dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) tadi.

Tambah beliau lagi, tiada kesan sampingan yang teruk terjadi kepada penerima sukarela hanya demam sahaja yang dialami beberapa penerima suntikan vaksin AstraZeneca.

“Setakat ini ada beberapa orang telah terlibat dalam percubaan beberapa hari lepas dan mereka telah laporkan paling teruk demam sahaja”

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu sidang media mengingatkan penerima vaksin AstraZeneca agar memantau kesihatan mereka.

Jelas Dr Adham, penerima juga dijangka berdepan dengan sakit kepala yang teruk, pandangan kabur, loya, muntah dan sukar bertutur akibat kesan pengambilan vaksin itu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

COVID-19HealthLNA LIFE!Media OutReach

Singapore’s Health Sciences Authority Approves Pfizer’s Pneumococcal 20-Valent Conjugate Vaccine For Adults 18 Years Or Older

First pneumococcal conjugate vaccine that protects against 20 serotypes responsible for the...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19Kesihatan

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19KesihatanMY LNA

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...